Bayaran pengambilan pembantu rumah asing pertama hanya RM1,136 – KP Imigresen

Dari Penulis

JABATAN Imigresen hanya mengenakan kadar bayaran RM1,136 bagi pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kali pertama, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata jumlah tersebut merangkumi bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran berkaitan.

Menurutnya, majikan bebas memilih pembantu rumah asing dari Filipina, Indonesia, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal mahupun Laos kerana kerajaan tidak mengehadkan negara sumber bagi urusan pengambilan PRA.

“Bagaimanapun, setiap pengambilan PRA perlu mematuhi syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) apabila tiba di negara ini,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa kerajaan mengenakan bayaran tinggi mencecah lima angka bagi proses pengambilan PRA, seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada Rabu lepas (5 Jan).

Dalam pada itu beliau berkata sehingga 31 Dis lepas, seramai 88,173 PRA memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Majikan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai prosedur permohonan PRA boleh melayari portal rasmi Jabatan Imigresen www.imi.gov.my atau media sosial rasmi jabatan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tindak-tanduk Kor Ming tak cerminkan kredibiliti menteri – MCA

TINDAK-TANDUK Nga Kor Ming disifatkan tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet. Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong...

More Articles Like This