Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGAUTOMASIAN sepenuhnya sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru (e-GTukar) dengan beberapa penambahbaikan fungsi baharu telah dilaksanakan mulai 1 Januari lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, guru-guru sudah boleh mengakses aplikasi tersebut pada tarikh yang sama.

“Susulan perubahan kepada aplikasi tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima pelbagai pandangan dan maklum balas daripada guru yang membuat permohonan melalui e-GTukar.

“KPM sedang meneliti pandangan yang diberikan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Baca: “Usah risau, tak perlu bayar balik buku teks rosak akibat banjir” – Dr Radzi

55 peratus permohonan pertukaran guru diluluskan – Radzi

Sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru (e-GTukar) .

Menurut Dr Radzi, KPM komited untuk mengoptimumkan lagi aplikasi baharu ini berdasarkan penelitian terhadap pandangan yang diterima.

“Terima kasih guru-guru atas pandangan anda semua mengenai sistem baharu yang dilancarkan ini,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram