Rezeki tak pernah salah alamat. Walau dinafikan hak oleh manusia, namun andai sudah tertulis, tiada siapa dapat menidakkannya.

Perkongsian Ahmad Isa mengenai penjelajahan berbasikal ke Mekah cukup menjentik hati. Saat dia dan isteri terkapai-kapai mengumpulkan dana bagi menyempurnakan misi, tiada sesiapa yang tampil membantu.

Namun saat dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, satu persatu keajaiban muncul di depan mata.

Ikuti perkongsiannya.

“Tahu tak?

Pada tahun 2016, saya pernah kecewa dengan kerajaan & syarikat-syarikat besar..

Masa nak mulakan kayuhan berbasikal ke Mekah dengan team untuk nak buat dokumentari berepisod level National Geografic.

Masa tu tak perlukan duit banyak pun, RM6 Juta je.. hahaha

Kenapa RM6 Juta?

Sebab nak bawa 3 buah 4×4, bawa 6 support team yang terdiri dari profesional dalam bidang dokumentari.

Kami buat proposal & naik turun pejabat kerajaan dan email kepada 300 syarikat selama setahun.

Hasilnya?

Yillek!

Duit tak dapat, duit saving kami pun habis.

Punyalah kecewa masa tu sampai saya & isteri jatuh sakit selama seminggu akibat depress.

Dipendekkan cerita, sampailah waktu flagoff.

Masa tu, duit dalam bank tinggal RM1,900 je.

“Ayang, dalam bank tinggal RM1,900 je ni, Abang rasa boleh sampai Thailand je ni..”

“Kalau Allah swt izin ke Mekah, syukur Alhamdulillah, kalau tak sampai, kita balik lah..” kata saya pada Adilah sewaktu kami dah mulakan kayuhan.

Adilah tak terkejut pun, dia tenang je. Dia tahu, kami dah usaha selama setahun.

Kini, masanya untuk kami bertawakal & berserah pada Allah swt.

Bila kami mula serah total 100% pada Allah swt, perkara yang tak masuk akal berlaku!

Setiap hari ada sahaja orang yang jemput kami singgah & tidur di rumah mereka.

Ada 3 perkara best bila orang ajak ke rumah mereka.

1. MAKANAN

Mereka jamu kami makan sarapan, makan tengah hari & makan malam. Kami boleh jimat duit untuk beli makan. Syukur Alhamdulillah.

2. PENGINAPAN

Mereka sediakan tempat tidur untuk kami, selalunya bilik anak mereka yang belajar di luar kawasan. Syukur, jimat duit untuk bayar ke hotel.

3. SUMBANGAN

Ini langsung kami tak terfikir, rupa-rupanya rakyat Malaysia ni sangat pemurah.

Bila mereka tahu ada orang nak pergi Umrah atau Haji, pasti mereka akan selit duit di tangan kita.

MasyaAllah Tabarakallah.

.

Dipendekkan cerita..

Kami sampai ke sempadan Thailand selepas 30 hari kami mulakan kayuhan dari Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Apa yang mengejutkan, total duit terkumpul yang kami ada masa tu mencecah RM23,000!

Kami dapat duit RM23,000 dalam masa sebulan weh!

Saya kerja berhempas pulas masa jadi Arkitek dulu, nak dapat gaji RM4,000 sebulan pun susah! haha

Bulan tu, kayuh basikal je, tapi Allah swt beri rezeki 5x ganda dari gaji saya jadi Arkitek dulu.

Saya belajar sesuatu dari pengalaman ini.

“Jika kita berharap pada manusia, kita pasti kecewa, jika kita berharap pada Allah swt, Allah swt akan hantar manusia yang betul untuk bantu kita.”

Tuan puan..

🙅🏻‍♂️ Berhentilah berharap pada manusia.

🙅🏻‍♂️ Berhenti berharap pada kerajaan.

🙅🏻‍♂️ Berhenti berharap pada keluarga.

🙅🏻‍♂️ Berhenti berharap pada kawan-kawan.

Berhenti.

Sebab, pasti anda akan kecewa.

Allah berfirman:

‎وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (al-Mu’min 40: ayat 60)

Bila kita minta pada Allah swt, Allah swt kabulkan dalam 4 cara.

✅ Allah swt bagi sebiji macam apa yang kita minta.

✅ Allah swt beri ujian dulu untuk bersihkan dosa kita, baru Allah swt beri apa yang kita nak.

✅ Allah swt tak beri sebiji macam yang kita nak, Allah swt beri yang lebih baik.

✅ Allah swt tak beri di dunia. Allah swt simpan & beri kat Akhirat nanti.

Bila kita dah berhenti berharap pada manusia, masa tu hati kita akan Bebas, Tenang & Bahagia.

Cubalah.

Ahmad Isa,

Bebas, Tenang & Bahagia.

#JiwaKembara

#HidupLuarBiasa2022.”

Sumber : Ahmad Isa