Jodoh itu rahsia Allah. Dia yang mengatur pertemuan dan perpisahan begitu juga dengan kehidupan suami isteri.

Tiada istilah pasangan sempurna dan sepadan, apa yang hanyalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Yang menerima kelemahan dan kelebihan dan bertolak ansur dengannya.

Perkongsian Muharrik Daie mengenai rahsia jodoh dan bagaimana perkahwinan tiada jaminan untuk kekal seperti hidup dan mati cukup memberi ibrah buat semua yang melayari bahtera rumah tangga.

“BAHASA RUMAHTANGGA

Malam tadi aku attend akad nikah sahabat lamaku. Kawin kali kedua. Perkahwinan pertamanya gagal. Simple saja majlisnya kali ini. Tak serabut. Sejuk mata melihat majlis yang begitu.

Aku melirih senyum. Dalam hati berkata, “Mudah dan murahnya dia mendapat jodoh.”

Bertuahkan?

Itulah takdirnya. Bercerai kemudian bertemu yang baru. Rezekinya.

Sewaktu perceraiannya dengan bekas isterinya berlaku. Aku lihat dia baik baik saja dengan bekas isterinya. Tiada pertengkaran. Tiada pergaduhan. Malah aku tahu, dan memang wajar begitu sebab sejak aku kenalinya dia seorang kawan yang bertanggung jawab, penyayang dan amat santun dalam akhlaknya.

Dua bulan lepas dia mengajak aku kerumahnya untuk makan tengahhari. Dia kata isterinya menjemput aku kerana lama tak berjumpa aku. Aku dia dan isterinya sebelum mereka berkahwin adalah sahabat baik sewaktu dikolej dulu.

“Dah setahun aku dan wife tak jumpa kau mal. Jangan tak datang ya!” Jemput kawan aku kerumahnya melalui wassup.

Dalam pertemuan itu baru aku dapat tahu mereka nak berpisah. Sebab itu mereka menjemput aku untuk minta nasihat.

“Apa pandangan you mal.” Isterinya bertanya aku seusai makan tengahari. Aku tak mampu mejawab dengan segera kerana terkejut.

Setelah bertenang baru aku jawab soalannya. “Ermmm … Kenapa jadi macam ni? Ada masaalah besar ke?

“Tak adalah mal, cuma kami tak serasi.” Dia menjawab sambil menundukan kepala.

Aku mengalihkan pandangan kepada suaminya yang merupakan sahabat aku, “Kenapa Am? Tanya aku.

Amran tak menjawab. Aku lihat matanya berkaca. Tiba tiba aku rasa sayu.

Panjang cerita kami. Aku menyuruh mereka kembali istighfar. Banyak merenung. Dan fikir semasak masaknya. Namun akhirnya …. Cinta itu lerai jua.

Baru aku faham, dalam sebuah rumahtangga bukan hanya kita perlukan persona fizikal, persona harta, persona agama dan persona cinta tetapi kita juga perlukan persona keserasian, keserataan dan kekufuan untuk mengekalkan hubungan jangka panjang.

Patutlah sewaktu Saydina Umar ingin merisik Ummu Kalthum adik Saydatina Aisyah RA, Aisyah jadi gundah, risau dan susah hati. Dia tahu adiknya tidak sesuai dan serasi dengan khalifah kedua itu yang berperwatakan kuat dan kasar sedangkan adiknya seorang yang lemah lembut.

Lalu beliau sedaya upaya meminta bantuan Amru bin Ash agar meminta Saiydina Umar meminang Ummu Kalthum anak Saydina Ali kerana Ummu Kalthum anak Saydina Ali amat sesuai dan setara dengan Saydina Umar. Akhirnya Umar setuju dan berkahwinlah beliau dengan anak Saydina Ali.

Begitulah kawan. Bahasa rumahtangga amat sukar untuk kita mengerti.

Adakala dalam perjalanan hidup ini kita akan temui seorang lelaki yang berkawin dengan perempuan yang cantik, kemudian dia menceraikan nya lalu berkahwin dengan perempuan tua yang hudoh dan bahgia sepanjang hidupnya. Ianya pelik dan suatu keajaiban! Tapi itulah dia  yang dinamakan kehidupan.

Begitulah sebaliknya pula bagi wanita.

Perkahwinan sebenarnya tiada jaminan untuk kekal sepertimana hidup dan mati. Apa yang penting, dalam rumah tangga ikutlah syariat. Jaga hubungan dengan Allah. Banyak berdoa dan bersabar. Selebihnya serah pada Allah kerana kebahagian bukan datang dari pasangan tapi adalah dari Allah! Yakini itu!

Muga menjadi ibrah buat semua pasangan.

Cuma nya jangan kita menanti kebahgiaan itu datang mengolek dari langit. Ciptalah kebahgiaan buat semua yang berumahtangga mengharungi hidup ini dengan jayanya.

Buat yang masih solo … Terus bersabar. Tidak lari bidadari dan hero dikejar.

#muharrikdaie.”

Sumber : Muharrik Daie