Cara terbaik untuk membersihkan sistem tubuh badan adalah dengan meminum air yang banyak serta mengamalkan air detoks.

Detoks boleh dilakukan dengan beberapa resipi bahan yang dicipta untuk membersihkan badan, meningkatkan tenaga dan membantu menurunkan berat badan secara drastik.

Bahagian tiga akan berkongsi 14 resipi detoks yang berkesan dan menyelerakan.

Chia seed 1sk
Apple 1 biji
Kurma 3 biji
Kismis 2sb
Air 1 gelas
Kisar dan taburkan Chia Seed.
Detox ini sesuai untuk perut buncit. Bila makan sikit je pun perut rasa senak, macam kembung..adakan yang camtu? Minum ni..insyaAllah kempis nanti perut..

•Bahan Detox
Lemon 1 biji
Halia 2 inci
Madu
Green tea 1 uncang
Serbuk kayu manis 1/2 sudu teh
Air panas 1 cawan

Rendam green tea dan halia..
Bila dah suam..perah lemon jus,
kemudian kisar halia sampai halus, tapis dan campur madu dan serbuk kayu manis. Minum sampai habis.
Bahan Detox
Carrot 1 biji
Halia muda 3 inci
Limau nipis 3 biji (perah jus)
Madu 3sb
Cuka delima 2sb

Kisar semua bahan sampai halus dan minum sampai habis. Amalkan pagi, petang dan malam pun boleh minum. Untuk badan yang lesu.
Lemon 1 biji
Peria katak 2 biji
Halia 2 inci
Madu 1sb
Air 1 Gelas
Kisar semua bahan sampai halus dan tapis. Letakkan sedikit madu dan minum sampai habis. Macam-macam khasiat.
Sedap uolls..merah-merah muka.

•Bahan
Asam jawa segenggan
Gula melaka sekeping kecik
Halia 2 inci
Kunyit 2 inci
Serai 2 batang
Kayu manis 2 batang
Kurma cina 3 biji
Air 3 cawan

•Caranya
Hiris halia, kunyit, serai. Campur semua bahan dan masak sampai air menjadi satu gelas. Sejukkan dan kemudian kisar sehingga halus dan tapis. Minum sampai habis dan amalkan dua kali seminggu.

Timun+Kiwi+Strawberry+Chia Seed. Khasiatnya bagus untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman.
Kurma 3 biji (buang biji)
Bawang putih 5 biji
Halia muda 2 inci
Lemon 1 biji (kulit sekali ambik)
Apple cider 3sb
Madu 2sb
Air kosong 1 gelas besar

Cara :
Kisar semua sampai halus dan minum perlahan-lahan sehingga habis. Bermacam-macam khasiat.
Delima+Kurma+Chia Seed. Kisar delima kurma dengan air dan tapis. Taburkan chia seed.
Halia 1 inci
Serai 1 batang
Lemon 1 biji
– Hiris semua pastu rebus dengan 2 gelas air sampai jadi satu gelas. Kemudian tunggu suam. Kisar sampai halus dan tapis.

Serbuk kayu manis 1sk
Madu 1sb
Apple cider 1sb
– Campur dekat bahan yang dah kisar tadi. Kacau dan letakkan chia seed. Minum sampai habis. Bagus untuk kolestrol.
Apple Hijau – buang kulit
Apple merah – buang kulit
Kurma 4 biji – buang biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2 inci
Lemon Jus
Madu 2sb
Air 1 gelas

Kisar semua bahan sampai halus. Minum perlahan-lahan sehingga habis. Bagus untuk kolestrol.
Brokoli
Nenas
Carrot
Tomato
Halia
Madu
Chia seed

Ambil sikit-sikit dan masukkan madu. Letak dua gelas dan kisar sampai betul-betul halus. Minum.
Nampak sikit tapi banyak pada nutrisi. Berbaloi pada otak dan badan.
-Epal,Carrot, Salari- Kisar dengan kacang soya dan taburkan chia seed.
Lemon
Apple
Betik
Halia
Carrot
Oren Sunkist
Campur sikit demi sedikit buah dan kisar. Tabur Chia seed.
Meh Kempiskan Perut… Amalkan Lemon,Timun,Epal, Madu. Kisar semua sampai halus dan terus minum

Sumber : Atie Jumaat