LRT Bangsar dipenuhi peserta himpunan #TangkapAzamBaki

Dari Penulis

KAWASAN sekitar Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar dipenuhi dengan peserta himpunan #TangkapAzamBaki bermula pagi tadi.

Berdasarkan siaran secara langsung oleh akaun Facebook Bersih, kira-kira 100 orang peserta mula berarak di sekitar kawasan LRT Bangsar dengan membawa pelbagai jenis plakad yang mendesak  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan.

Sebahagian daripada peserta-perserta himpunan #TangkapAzamBaki berkumpul serta berarak di sekitar kawasan LRT Bangsar menuju ke Jalan Travers Bangsar, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Peserta himpunan itu juga membawa gendang dan berarak sambil bernyanyi menggunakan pembesar suara.

Baca artikel berkaitan: Lima lagi laluan sekitar Brickfields dilencongkan

Turut kelihatan dalam himpunan itu ialah aktivis sosial, Adam Adli Abdul Halim dan Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok.

Sebahagian daripada peserta-perserta membuat gimik ‘menangkap’ Azam Baki ketika menyertai himpunan #TangkapAzamBaki di sekitar kawasan LRT Bangsar menuju ke Jalan Travers Bangsar, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Menerusi siaran langsung itu, usaha pihak penganjur untuk memastikan setiap peserta mematuhi prosesur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 dilihat sukar memandangkan jumlah yang hadir ramai.

Pihak polis juga dilihat berada di lokasi perhimpunan untuk memastikan keadaan di situ terkawal.

Anggota Polis serta Unit FRU mengawal sekitar kawasan perhimpunan apabila peserta-perserta himpunan #TangkapAzamBaki berkumpul serta berarak di sekitar kawasan LRT Bangsar menuju ke Jalan Travers Bangsar, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This