PERHIMPUNAN lebih 1,000 pesawah dari seluruh negara yang dijadualkan hari ini, akan diteruskan ke lokasi baharu di pekarangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Pertukaran lokasi perhimpunan itu berlaku susulan daripada lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia, hari ini.
Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) memaklumkan, pihaknya kesal kerana lawatan itu tidak dimaklumkan sedangkan urusan surat menyurat dan makluman berkenaan kunjungan PeSAWAH sudah lama dikemukakan.
“PeSAWAH tidak datang untuk membuat huru hara lebih-lebih lagi ketika kedatangan tetamu negara.
Baca artikel lain: Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
“Oleh itu, lokasi kunjungan dan sidang media PeSAWAH diubah ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada tarikh dan waktu yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon penyerahan memorandum membabitkan lebih 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda ke tarikh lain susulan lawatan Prabowo ke negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya menghormati hasrat pesawat terbabit bagi mengunjungi Pejabat Perdana Menteri (PMO), namun tarikh berkenaan bertindih dengan lawatan pemimpin Indonesia itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

