UMNO Johor adakan mesyuarat khas, pergerakan Hasni jadi tumpuan

Dari Penulis

MESYUARAT Khas Badan Perhubungan UMNO Johor berlangsung petang ini di Bangunan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. 

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor mempengerusikan mesyuarat tersebut.  

Mesyuarat itu dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta kesemua Ketua UMNO Bahagian di Johor.

Antaranya Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang); Datuk Samsolbari Jamali (Ayer Hitam); Datuk Seri Razali Ibrahim (Muar) dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru).

Baca: PRN: Teserah kepada UMNO Johor – PM

Sejak beberapa minggu lalu, berlegar spekulasi mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ini terutama selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian bulan lepas menjadikan kerajaan pimpinan UMNO dan gabungannya hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pada masa ini, kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi); MIC (dua); Bersatu (11); dan PAS (satu); manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh); dan Amanah (enam).

Sementara itu, Hasni dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru petang ini.

Menurut laporan media, ia berhubung permohonan pembubaran DUN Johor sekali gus membolehkan PRN diadakan.

Malah, terdapat desas-desus dalam kalangan wakil media di Johor yang Hasni akan memanggil mesyuarat Exco khas petang ini sebelum DUN dibubarkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This