YAYASAN Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan RM53,000 untuk membaik pulih 500 motosikal yang terkesan akibat bencana banjir, Disember lalu di beberapa daerah di Pahang.
Program baik pulih 500 motosikal itu dianjurkan YBR dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1 Malaysia (PRWC1) menerusi program Pemulihan Kenderaan Bermotor.
Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, bantuan peralatan dan teknikal kepada mereka yang mengalami kerosakan motosikal itu diharap dapat meringankan beban kewangan mangsa yang terkesan.
Menurut beliau, YBR bekerjasama dengan PRWC1 bagi menguruskan lokasi bengkel serta menyediakan keperluan teknikal bagi membaiki motosikal dan memudahkan proses baik pulih.
“Pihak kami amat bersimpati dengan mereka yang terkesan akibat banjir dan diharapkan program ini sedikit sebanyak meringankan bebanan yang ditanggung serta dapat memudahkan mereka melakukan tugasan atau aktiviti harian pasca banjir.
“Difahamkan banyak organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain telah memberi bantuan bahan makanan serta pakaian, oleh itu YBR berhasrat menggunakan pendekatan berbeza bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: YBR sumbang mesin bantuan pernafasan kepada Ainur Nuraisyah
Megat Zulkarnain berkata, bantuan itu turut dilaksanakan kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Langat, Serdang dan Klang.
Turut hadir pada program itu adalah Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Pengarah Program PRWC1, Mohd. Fitri Mohamad Yusof dan Pengurus Jabatan Program, Mohd. Mukhti Abd. Rahman.
YBR akan lebih berusaha dan memperbanyakkan lagi program pendidikan serta komuniti bagi membantu menaiktaraf pendidikan negara dan membantu komuniti pada masa akan datang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

