YBR salur peruntukan RM3 juta bagi Program Pembangunan Pendidikan Sabah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta selama setahun bagi Program Pembangunan Pendidikan Sabah untuk tahun hadapan.

YBR dalam kenyataan hari ini memaklumkan, peruntukan bagi Program Pembangunan Pendidikan Sabah itu akan disalurkan di beberapa Parlimen iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.

Menurut YBR, inisiatif itu bertujuan untuk menoktahkan kemiskinan melalui pendidikan di mana Sabah merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia.

Selain itu, YBR memberitahu, program itu juga bertujuan bagi meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar.

“Dijangka seramai lebih 65,000 pelajar melibatkan kumpulan individu daripada kalangan asnaf dan B40 akan menerima manfaat daripada inisiatif yang dijalankan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyerahan replika cek Program Pembangunan Pendidikan Sabah 2025 itu telah disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Majlis tersebut diadakan semasa Program Santuni MADANI Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama komuniti Kota Belud, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman; Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Baca artikel lain: YBR raih Anugerah ‘Community Innitiative’ di ACES 2024

Sementara itu, Ewon mengucapkan penghargaan kepada YBR kerana sentiasa menyokong meningkatkan tahap pendidikan golongan yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik terutama bagi pelajar yang berada di pedalaman.

“Melalui bantuan RM3 juta bagi tahun 2025 adalah bagi bantuan pendidikan melalui tuisyen dan seminar kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, bantuan persekolahan, bantuan awal pengajian, bantuan pengangkutan ke sekolah dan program asrama desa,” katanya.

YBR akan terus memberi sokongan bagi meningkatkan pembangunan modal insan di Sabah khususnya dalam kalangan pelajar melalui bidang pendidikan.

YBR telah memperuntukkan sebanyak RM20.4 juta bagi program pembangunan pendidikan dan pembangunan masyarakat di seluruh negara sepanjang tahun 2024.

Seramai 30,572 murid dan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) serta 226 buah sekolah telah menerima manfaat daripada inisiatif itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This