NOMBOR pendaftaran plat khas Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu UC boleh dibida mulai 1 hingga 14 Februari depan.
Proses bidaan akan dilakukan secara dalam talian dengan nilai bidaan bermula RM1,000 untuk nombor empat digit dan RM200,000 bagi nombor tunggal.
Manakala bagi pelajar dan kakitangan UMP pula berpeluang mendapat harga istimewa melalui tawaran khas mulai 25 Februari 2022.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pihaknya menyasarkan penjualan nombor pendaftaran tersebut mampu mencecah sehingga RM3.5 juta bagi fasa pertama.
“UMP berbesar hati menawarkan nombor plat pendaftaran kenderaan itu kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang berminat dengan pemilikan nombor unik.
Bagi proses bidaan nombor plat itu, UMP telah melantik syarikat Aquatwo Sdn. Bhd. yang mempunyai pengalaman dan rekod pengurusan penjualan nombor plat yang baik sebelum ini.”
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media selepas majlis penyerahan nombor plat khas UC di kampus UMP Gambang hari ini.
BERITA BERKAITAN Di sebalik kepercayaan nombor sial & nombor bertuah. Nombor 4 dan 13 antara paling malang
Hadir sama, Pemangku Naib Canselor UMP, Profesor Tan Sri Dr Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Urusan Aquatwo Sdn. Bhd, Datin Nabiha Mustapha.
Tambah Dr. Abdul Aziz, sesuatu yang unik ditawarkan oleh UMP adalah apabila memilih nombor pendaftaran UC.
“Kombinasi kedua huruf UC ini diambil bagi mewakili huruf U yang merupakan awalan perkataan UMP manakala C merupakan nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti negeri Pahang.”
Penjualan nombor plat tersebut bermula di bawah inisiatif pihak Kementerian Pengajian Tinggi, KPT, yang menyasarkan semua universiti awam untuk menjana pendapatan sendiri.
Ujarnya, ini adalah sebahagian usaha Yayasan UMP bagi meningkatkan sumber pendapatan dan hasilnya akan disalurkan untuk pelbagai program kebajikan dan manfaat pelajar serta golongan memerlukan.
Syarikat Aquatwo bertanggungjawab sepenuhnya menjadi sekretariat plat UC 1 – UC 9999 dalam proses pemasaran, penjualan, bidaan, pengurusan kewangan, lantikan ejen pemasaran, promosi dan sistem jualan atau bidaan nombor plat khas berkenaan.
Bagi yang berminat boleh melayari laman sesawang http://www.ucplat.com.my bagi membida nombor pendaftaran UC bermula 1-14 Februari 2022.
Nombor plat UC ini boleh didaftarkan bermula 1 Mac 2022 sehingga Oktober 2024.
Turut berlangsung Majlis Penyerahan Insentif Penerbitan oleh Yayasan UMP kepada pelajar UMP.
Seramai 75 pelajar Pasca Siswazah menerima insentif sebagai galakan dalam menghasilkan jurnal penerbitan yang berimpak tinggi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram