Di sebalik kepercayaan nombor sial & nombor bertuah. Nombor 4 dan 13 antara paling malang

Dari Penulis

SEJAK dahulu kita selalu mendengar tentang nombor bertuah atau nombor yang dianggap membawa sial. Walaupun hidup dalam zaman moden, kepercayaan tahyul terhadap nombor ini masih lagi wujud.

Jika tidak, takkan wujud golongan yang sanggup berhabis wang untuk mendapatkan nombor yang dianggap membawa tuah. Malah ia turut mempengaruhi kehidupan, salah satu contohnya dengan menghilangkan sesetengah nombor pada lif kerana kepercayaan nombor itu membawa sial.

Kebanyakan orang Cina mempercayai nombor 4 sebagai pembawa sial kerana sebutannya (si/sia) hampir serupa dengan perkataan ‘mati’, manakala nombor 8 dikatakan membawa ‘ong’ (tuah).

Bagi masyarakat India pula, ada yang mempercayai nombor 4 boleh membawa keuntungan. Sementara masyarakat Eropah pula fobia dengan nombor 13 yang dikatakan membawa nasib malang. Tanggal 13 hari bulan yang jatuh pada hari Jumaat akan menjadi hari pembawa malang mengikut kepercayaan masyarakat Eropah.

Bagi orang Melayu pula, perihal nombor sial dan bertuah ini tidak membawa sebarang kepercayaan dan pengaruh besar.

Kepercayaan terhadap nombor ini turut diaplikasikan dalam kehidupan yang berkaitan dengan nombor. Contohnya, di kebanyakan bangunan-bangunan tinggi di China biasanya tiada tingkat 4, 13, dan 14 kerana dianggap sial.

Pemilik bangunan akan menggantikan aras empat kepada 3A atau aras 13 kepada 12A, sedangkan pada hakikatnya aras-aras tersebut masih tetap di 4 dan 13.

Bukan saja aras, malah nombor-nombor bilik yang dianggap sial turut dihapuskan. Fenomena ini berlaku di sebahagian besar tempat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia sendiri.

Dari sudut saintifik, nombor tidak memberi sebarang makna atau maksud tertentu, melainkan ia hanya sekadar angka yang mempunyai nilai daripada sudut matematik.

Seseorang yang takut kepada nombor diistilahkan sebagai arithmophobia atau numerophobia. Manakala orang yang takut kepada nombor 13 digelar triskaidekaphobia, dan seseorang yang takut kepada hari Jumaat setiap tanggal 13 hari bulan pula ialah friggatriskaidekaphobia.

Pada sudut matematik, terdapat formula yang boleh mengaitkan angka 13 adalah sesuatu misteri dan istimewa. Formula yang digunakan ialah ploggx yang mana angka 13 adalah satu-satunya nombor perdana yang sesuai untuk menggantikan p. Walaupun g dan x bertukar tempat, ia tetap akan mendapat jawapan yang sama. Bagaimanapun, ia hanyalah satu formula matematik dan tiada bukti nombor 13 membawa malang.

Terdapat juga kaedah memberi nilai mengikut angka ataupun huruf yang mana hasilnya digunakan untuk membuat suatu keputusan. Kaedah ini dipanggil numerologi. Contohnya seperti mengira tarikh lahir dan sebagainya.

Konsep yang digunakan lebih kepada ramalan atau tilikan. Keputusan yang dicapai menggunakan kaedah ini biasanya tidak konsisten dan ia sebenarnya tidak mempunyai bukti yang kukuh, sama ada dari sudut sains ataupun logik.

Dalam Islam pula, tidak ada istilah nombor bertuah atau nombor sial. Cuma kadangkala dikaitkan dengan nombor 7, seperti tujuh lapis langit dan bumi, jumlah ayat di dalam Al-Quran sebanyak 6666 ayat, 99 nama Allah dan sebagainya.

Bagaimanapun, terdapat satu hadis yang menyarankan umat Islam mengutamakan bilangan yang ganjil. Rasulullah s.a.w bersabda,“Sesungguhnya Allah itu witir (esa/ganjil) dan suka pada yang ganjil”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Kepercayaan terhadap nombor ini sedikit sebanyak memberi kesan sama ada boleh membawa kepada kerugian atau pun keuntungan. Misalnya, pemilik rumah bernombor 4 agak sukar menjual asetnya pada harga tinggi. Begitu juga  pemilik kereta yang mempunyai digit 4 empat sebagai nombor pendaftaran. Tetapi situasi agak berbeza jika aset tersebut mempunyai nombor bertuah seperti 8, harganya akan menjadi lebih tinggi.

Di dalam dunia sukan, nombor juga dikatakan memainkan peranan. Bekas pengurus skuad bola sepak Manchester United, Sir Alex Ferguson turut menganggap nombor tujuh adalah sesuatu yang istimewa.

Disebabkan itu, hanya pemain-pemain yang istimewa sahaja layak menyarung jersi nombor tujuh. Antara pemain-pemain yang pernah menyarung jersi tersebut di bawah kendalian Ferguson ialah Eric Cantona, David Beckham, Cristiano Ronaldo dan Michael Owen.

Di seantero dunia terdapat bermacam-macam kepercayaan, mitos dan legenda yang tidak terhitung banyaknya. Bagi kaum rasionalis, kepercayaan-kepercayaan sebegini harus ditinggalkan seiring dengan dunia moden yang lebih berpegang kepada logik akal.

__________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bila nasihat tidak dihiraukan… Ayah sanggup tanam patung di kubur demi anak

“Aku cuma nak anak aku balik…” Itu luahan seorang ayah yang akhirnya menyesal seumur hidup selepas memilih jalan salah demi...

More Articles Like This