Mudah dan cepat, ini antara sebab utama mengapa makanan proses menjadi pilihan dan kegemaran segelintir ibu bapa dalam menjamu anak-anak. Namun tahukah anda, andai anak-anak dihidangkan dengan makanan diproses dalam tempoh masa yang lama, ia akan merosakkan sel di lapisan usus dan meningkatkan risiko kanser usus.

Dr Mazliana Mazlan berkongsi tiga fakta bagaimana pengawet digunakan dalam memproses sesuatu makanan dan bagaimana ia memberi kesan kepada kesihatan seseorang.

“Elakkan bagi makanan frozen sosej, nugget, meatball, burger setiap hari untuk anak, jika kita tak dapat cari pilihan yang lebih baik untuk mereka.

Seminggu satu hari makan, mungkin takde apa-apa kesan. Tapi kalau tiga empat hari dalam seminggu anak dijamu dengan hidangan macam ni, banyak masalah kesihatan akan timbul di kemudian hari.

Dalam makanan frozen tinggi proses, selain dari pengguna garam dan MSG yang tinggi, kandungan nitrite dan nitrate sebagai pengawet pun tak kurang hebatnya.

Nitrite dan nitrate berlebihan, akan hasilkan N-Nitroso, yang mana akan rosakkan sel di lapisan usus, dan boleh tingkatkan risiko kanser usus. 

Pengawet macam ni diguna atas 3 sebab;

1. Makin tinggi proses satu makanan, makin hilang zat warna rupa bentuk asal. Maka pengawet digunakan untuk kekalkan warna pada makanan tu.

2. Bantutkan oksidasi lemak yang akan buat makanan rasa tengik, maka rasa yang sedap masih dapat dikekalkan. Pengawet macam ni lah diguna untuk kekalkan rasa pada makanan.

3. Elakkan pertumbuhan bakteria dan sebagai penambah rasa.

Nampak remeh je kan, alah pengawet je pun.

Tapi, tanpa kita sedar anak makan 4 kali seminggu, pelbagai jenis daging tinggi proses, tak boleh bayang apa akan jadi kat anak 10 tahun akan datang.

Isnin spagheti meatball.

Selasa bihun goreng.

Rabu sandwich chicken slice.

Khamis nasi goreng.

Jumaat pizza topping sosej.

Sabtu mee sup.

Ahad steamboat banyak bebola tinggi proses.

Kita tak perasan banyak hari sebenarnya anak dah ambil makanan frozen tinggi proses. Anak suka, sebab sedap. Kita pun suka, sebab mudah, siap sedia tinggal nak goreng dan makan terus je.

Tapi yang mudah itu, tak semuanya baik untuk anak kita kan.

Saya kongsikan, pilihan sosej, burger, meatball, nugget, yang insyaAllah antara pilihan yang lebih baik untuk anak-anak. Korang tengok dalam gambar ya.

Ada yang dari ayam biasa, ada juga dari ayam organik tanpa antibiotik dan hormon. Yang pasti, semuanya bebas MSG serta pengawet, insyaAllah.

Sosej, cocktail Khayr – https://shp.ee/8mqq9er

Nugget Khayr –  https://shp.ee/75b4ger

Daging burger Khayr – https://shp.ee/iwjk6ur

Khaleel – https://shp.ee/tb7y6mr atau pm Puan Nur Suria Shaari

Walaupun yang saya kongsi ni, mungkin pilihan yang lebih baik. Tapi yang paling terbaik, semestinya lah nugget, sosej, burger patties yang kita buat sendiri kat rumah kan. ❤️

Boleh ya, sama-sama kita cuba sediakan pilihan makanan yang lebih baik untuk anak-anak kesayangan kita.

Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Follow saya di sini jugak k. ❤️

instagram.com/mazliana.mazlan

t.me/sembangsihat.”

Sumber : Mazliana Mazlan