PASANGAN selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif kini bergelar ibu dan bapa kepada seorang bayi perempuan.
Bayi tersebut dilahirkan pada pukul 11.40 malam semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram Harris, mengucapkan terima kasih atas kiriman doa buat isteri dan anak yang baharu dilahirkan itu.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Puteri sulung daddy dan mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” tulisnya.
Usaha URTV untuk mendapatkan Harris bagi berkongsi berita gembira itu dengan lebih lanjut masih belum berhasil apabila dia masih belum menjawab kiriman WhatsApp yang dihantar kepadanya.
Intan,40, dan Harris,23, mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu.
Sepanjang kehamilan, pasangan itu tidak terlalu mendedahkan berita berkenaan secara umum termasuklah kepada media.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

