Kerajaan sedia RM19.2 juta bantu PSK tahun ini – PM

Dari Penulis

KERAJAAN menyalurkan peruntukan geran sebanyak RM19.2 juta kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat, tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu sejajar dengan prinsip keterangkuman Keluarga Malaysia bagi memastikan tiada mana-mana golongan terpinggir.

“Kita memang beri kepada Orang Kurang Upaya (OKU), pusat OKU, warga emas dan pusat-pusat jagaan yang lain. 

“Untuk kanak-kanak istimewa atau warga emas yang tidak tinggal di pusat jagaan, kerajaan juga bagi bantuan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan, hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM ucap selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022 

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Bantuan dalam bentuk Geran Rangsum (makan minum), Geran Pentadbiran, Elaun Khas Murid OKU, Geran Perkapita dan Geran Pembaikan itu bertujuan menampung sebahagian kos ditanggung PSK.

Semasa sesi lawatan itu, perdana menteri turut menyerahkan sumbangan ‘ang pau’ dan pek makanan kepada para penghuni di pusat berkenaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.

Sementara itu, Rina Harun berkata kerajaan telah menyalurkan bantuan khas kepada 1,225 pusat jagaan OKU dan warga emas yang terjejas berikutan penularan COVID-19.  

“Pusat-pusat ini mengadu kurangnya bantuan daripada syarikat-syarikat korporat ketika COVID-19.

“Untuk 2022 ini, kita teruskan bantuan-bantuan ini selain bantuan langsung,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterIn


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This