Tahniah! Rihanna, A$AP Rocky bakal timang anak sulung

Dari Penulis

PENYANYI dan usahawan kosmetik, Rihanna akhirnya menjawab teka-teki ramai tentang kehamilannya selepas foto dirinya bersiar-siar bersama kekasih hati, A$AP Rocky tersebar.

Berita gembira itu di dedahkan sendiri oleh pasangan penyanyi tersebut menerusi sebuah sesi fotografi yang dilakukan di bandar New York, Amerika Syarikat sekaligus menayangkan perut Rihanna yang semakin membesar.

Menerusi foto yang dilaporkan oleh People, Rihanna dilihat menggayakan jaket panjang berwarna merah jambu yang hanya dibutang sehingga paras dada sehingga menampakkan sebahagian perutnya yang jelas kelihatan ‘baby bump’.

Rata-rata peminat mengandaikan pemilik kosmetik jenama Fenty Beauty itu bakal menimang cahaya mata perempuan memandangkan Rihanna mengayakan jaket berwarna merah jambu.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pelantun Umbrella itu bagi menjawab tentang kehamilannya.

Terdahulu, Rihanna pernah menyuarakan hasratnya untuk berkeluarga dan memiliki tiga atau empat orang anak.

Buat info, Rihanna dan Rocky mula rapat sejak November 2020 selepas berpisah dengan kekasih terdahulunya yang juga merupakan seorang jutawan, Hassan Jameel.

Spekulasi tentang kehamilan Rihanna mula timbul sekitar Disember lalu apabila peminat melihat perubahan terhadap perut Rihanna yang membesar ketika menerima sebuah anugerah di Barbados.

Sebelum ini, Rihanna pernah menjalinkan hubungan cinta bersama artis lain termasuklah Chris Brown, Drake dan Travis Scott.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This