“Anak ini adalah aset ke syurga” – PU Riz doakan Bilal jadi anak soleh

Dari Penulis

PENDAKWAH bebas dan selebriti terkenal Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meluahkan rasa syukur atas kurniaan Tuhan selepas menimang zuriat pertamanya pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian hantaran di Instagram, PU Riz,27, yang menggelarkan dirinya sebagai ‘abah’ turut mendoakan anaknya, Muhammad Bilal agar menjadi seorang insan yang baik.

“Alhamdullillah Allah beri nikmat. Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat umi dan abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.

“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menjadi anak yang soleh. 

“Semoga Allah takdirkan anak abah ni dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah. Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Riz sempat menitipkan pesanan dan nasihat buat para pembaca tentang pentingnya seorang anak mentaati ibu dan bapa.

“Taat kepada umi kerana ianya perintah Allah yang selamanya. Taat Allah sepenuhnnya berbuat baik pada ibu dan bapa. Tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupMu.

“Jangan melawan (jika tidak ada yang bertentangan dengan agama). Cakap baik baik kepada abah dan umi. Kasihani abah serta umi seperti mana abah dan umi kasih pada mu.

“Reda Allah ada pada reda ibu serta bapa dan kemarahan Allah pada keduanya jua. Manakah amalan yang paling afdal? Kata nabi solat pada awal waktu atau solat pada waktunya. Kemudian apa? Berbuat baik kepada ibu dan abah,” katanya.

Malah, suami kepada personaliti terkenal Neelofa, ini turut memanjatkan rasa terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bergelar seorang ayah.

“Alhamdullillah Allah hadirkan Insya-Allah aset ke syurga doa anak yang soleh itu yang dicari. Sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus.

“Semoga anak abah jadi orang yang baik Insya-Allah. Baru aku tahu macam mana umi dan abah aku sayang padaku. 

“Terima kasih Allah atas peluang ini. Dah jadi bapak bapak dah pula.. cepat dunia berlalu,” luahnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This