Pemandu lori dijel sehari, denda RM8,000 selepas tunjuk isyarat lucah dan pandu berbahaya

Dari Penulis

MAHKAMAH Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari, denda RM8,000 selain lesen memandu digantung selama lima tahun ke atas seorang pemandu lori.

Ini selepas pemandu tersebut mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan memandu secara berbahaya dalam kejadian yang berlaku Khamis lepas.

Tan Chee Gang, 37, dijatuhi hukuman tersebut oleh Majistret Chia Huey Ting yang turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Huey Ting didakwa melakukan perbuatan menghina dengan menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pemandu kereta dengan niat untuk menyebabkan ketakutan kepadanya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu kereta dalam keadaan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain dan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 1999.

Ia memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu maksimum lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ikmal Affandi Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan (YBGK) Chester.

Majistret menetapkan denda RM3,000 bagi kesalahan pertama, manakala penjara sehari, denda RM5,000, lesen diendorskan dan hilang kelayakan lesen memandu lima tahun bagi kesalahan kedua.

Selain itu, beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.

Pada 30 Mei, polis menahan lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian ugutan jenayah dan menunjukkan isyarat lucah yang videonya tular di media sosial.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This