Sharifah Sakinah dah kahwin dengan jejaka Sweden, terpaksa ‘senyap’ sebab isu peribadi dan agama

Dari Penulis

PELAKON Sharifah Sakinah mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan jejaka mat saleh berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen.

Berita itu diumumkan sendiri Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired,32, menerusi satu entri di laman sosial Instagram miliknya.

“Memandangkan ada yang bertanya, ya kami sudah berkahwin. Pada mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tidak memaklumkan berita perkahwinan ini kepada umum sebab ia melibatkan isu peribadi dan agama.

“Sebelum ini kami hanya inginkan privasi tetapi sekarang, ia sudah rasmi. Tak payah tanya lagi okay. Terima kasih dan saya anda semua,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Dia Yang Kau Gelar Isteri itu tidak memperincikan tarikh pernikahan mereka.

Awal Mac 2021, Sakinah mengaku telah bertunang dengan Michael yang dikenalinya pada 2020.

Menerusi hantaran sama, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahira turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pusat kecergasan wanita yang ditubuh bersama sejak setahun lalu.

“Selamat ulang tahun pertama Hemmafit! Teringat lagi masa mula-mula start dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj.

“Lepas itu pandemik Covid-19 melanda dan ramai orang kena ‘workout’ dari rumah dan makin lama makin berkembang. Atas sebab itulah Hemmafit ditubuhkan secara betul dan sah.

“Tambah modal, peralatan, jurulatih, pakar nutrisi dan komitmen daripada Sakinah setiap hari.

“Terima kasih rakan kongsi dan suami untuk sokongan serta logistik Hemmafit sejak hari pertama kelas kita bersama,” katanya.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan Aliff Adha yang merupakan seorang juruterbang pada 2015.

Namun mereka sah bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This