PAKEJ Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur (PKKMKL) yang direncana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diyakini mampu membawa nilai ekonomi kepada Wilayah Persekutuan dan negara.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Felo Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Nurazilah Zainal berkata, pelaksanaan pakej itu juga akan menaiktaraf Wilayah Persekutuan sebagai salah satu ikon pelancongan negara.
Menurut beliau, ia menerusi sasaran membuka 1,000 kios menjelang akhir tahun ini di samping penanaman sejuta pokok di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pada masa sama, Nurazilah berkata, PKKMKL dapat meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan warga kota melalui beberapa peningkatan tadbir urus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pihak mentadbir ibu negara.
“Meningkatkan kualiti kehidupan rakyat akan dapat dicapai melalui beberapa inisiatif yang diperkenalkan termasuk menyediakan laluan pejalan kaki, basikal dan jaringan hijau untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.
“Selain itu, usaha untuk menaiktaraf gerai penjaja yang telah usang juga wajar dipuji bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya sifar miskin tegar.
“Keselamatan warga kota juga akan dapat ditingkatkan menerusi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) yang dikawal Kuala Lumpur Command & Control Centre,” katanya kepada UtusanTV, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Pakej Keluarga Malaysia KL tingkat kualiti kehidupan, khidmat dalam talian – Ismail Sabri
Sabtu lalu, Perdana Menteri mengumumkan PKKMKL yang bakal meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penyampaian perkhidmatan yang pantas secara dalam talian.
Ketika mengumumkan PKKMKL sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Bandaraya Kuala Lumpur, beliau berkata dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, DBKL sedang dan akan melaksanakan beberapa inisiatif.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

