[VIDEO] ‘Angkara Milo’, kanak-kanak 3 tahun jadi sado, usik netizen

Dari Penulis

TULAR di platform TikTok sejak semalam gelagat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun berbadan sado sedang memegang sekotak air Milo di tangan kiri yang berotot.

Video pendek yang dimuat naik oleh @nadril_fadhli itu sehingga kini sudah ditonton lebih 21 juta kali dalam tempoh 24 jam.

Video “jangan panggil aku anak kecil kaka” itu memperlihatkan dengan jelas badan berotot yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

Walaupun tidak dinyatakan kanak-kanak itu berasal dari mana, hasil carian UtusanTV mendapati pemuda yang memuat naik video berkenaan berasal dari Tangerang, Indonesia.

Melihat kepada badan kanak-kanak lelaki itu, ramai warganet yang beranggapan faktor tubuh kanak-kanak lelaki tersebut menjadi tegap dan sasa kerana sekotak air Milo di tangannya.

“Ni semua sebab milo,” komen @Ameq.

“Betul la iklan itu, minum milo anda jadi sihat dan kuat,” @kata dindakasuma91.

“Aku dah agak dah milo punya pasal,” ujar @aboyz.

Baca artikel berkaitan: Kubur wanita digali pencuri gara-gara meninggal pada malam Jumaat

@utusantvofficial Berketul-ketul ???. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia ? original sound – sweetlady_klate

Dalam pada itu, ada juga netizen pada ruangan komen yang meluahkan kerisauan melihat tubuh kanak-kanak tersebut kerana dikhuatiri boleh menganggu tumbesaran memandangkan usianya yang terlalu muda.

“Laaah di kampung gw (saya) juga ada yang kek gini tapi sampe sekarang tingginya tetep segitu aja,” ujar @psikopathura.

“Itu ada 1 penyakit di otot dan syaraf (saraf) si kecil. Saya lupa nama penyakitnya. Lama kelamaan si kecil bisa lumpuh kalau gk (tak) cepat di tanganin,” kata @jo.

“Ghisau terbantut je tnggi dia nnti dia besar,” luah @paihhhhh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rais Yatim Pengerusi, Hamzah Presiden Parti Wawasan Negara

PARTI Wawasan Negara (Wawasan) mengumumkan senarai penuh kepimpinan peringkat pusat parti itu yang diterajui Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Berdasarkan...

More Articles Like This