Anwar ke Bukit Gambir esok umum calon PH PRN Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Bukit Gambir, Tangkak, esok sempena majlis pengumuman calon PH sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Dalam hantaran di media sosial, Anwar memaklumkan, beliau bersama pimpinan PH akan hadir ke majlis yang diadakan di Extreme Park, Bukit Gambir itu.

“Insya-Allah saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan PH mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam PRN Johor ke-16.

“Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat.

“Ayuh bersama-sama hadir dan memulakan langkah menuju kemenangan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 adalah pada hari Sabtu, 11 Julai depan.

Pada masa sama, PRN Negeri Sembilan Ke-16 pula akan dilaksanakan pada hari Sabtu, 1 Ogos depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara tersebut di Menara SPR, 12 Jun lalu.

Menurut Ramlan, hari penamaan calon bagi PRN Johor pula ditetapkan pada hari Sabtu, 27 Jun ini manakala hari mengundi awal pada 7 Julai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This