AJL 36 akan berlangsung pada Mac depan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ANUGERAH Juara Lagu 36 (AJL36) bakal bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 6 Mac depan, pukul 9 malam.

Bagi menyemarakkan lagi AJL 36, iklan penjenamaan yang berkonsepkan spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik turut dilancarkan secara rasmi di TV3 dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia Official.

Rentak AJL 36 menyatukan kesemua finalis AJL 36 yang mengetengahkan genre muzik yang berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.

Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain itu, penggunaan elemen “glitch” dalam iklan ini juga menjurus kepada era digitalisasi dan moden.

Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus Covid – 19.

Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga. 

Berikut ialah 12 buah lagu yang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 36:

LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
MIMPIHAQIEM RUSLIHAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA 
SEPIAINA ABDULAINA ABDULAINA ABDUL & WAN ZAKARIA
NAFAS CINTAKHAI BAHAR & AINA ABDULKHAI BAHAR & AINA ABDULAINA ABDUL & WAN ZAKARIA
BONEKAERNIE ZAKRIOMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMATOMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT
PURNAMA NAIM DANIELAMZAR RAZQA & NAIM DANIELAMZAR RAZQA
PELUKAN ANGKASASOG X SHILA AMZAHRAJA NAZRIN SHAHFAZLEENA HISHAMUDDIN
INTAN PAYUNGNORANIZA IDRIS & BUNGALUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQABUNGA & SIQMA
SALAHKU YONNYBOIIYONNYBOIIYONNYBOII
AEWOSHIHA ZIKIR FT NOKIEZRA KONGEZRA KONG & NOKI
LARAHAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLIHAEL HUSAINI & MFMFHAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI
ANGKARASITI NORDIANASHARON PAULFEDTRI YAHYA & NANA ALIAS
CINTAMARSHA MILANBUNGA CANTIK & HANG NADIMHANG NADIM

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This