Ini Sebab Mengapa Rasulullah s.a.w. Menyuruh Bersikap Cermat

Dari Penulis

Mengikut Imam Nawawi, akhlak cermat merujuk kepada seseorang yang teliti dalam melihat sesuatu benda atau perkara dan tidak melihatnya dari sudut zahirnya saja. Terlalu berhati-hati apabila membuat keputusan.

Manakala cermat adalah lawan kepada tergesa-gesa. Cermat dan berhati-hati di dalam tindakan misalnya jika terima berita ia akan dipastikan berita itu benar dan kalau menjatuhkan hukuman maka akan dipastikan bahawa hukuman itu sesuai.

Orang yang cermat tidak akan mengeluarkan hukuman kecuali semuanya sesuai dan akan memastikan tidak akan salah menjatuhkan hukuman. Perkara itu sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w,

“Cukuplah seseorang itu dikira menipu apabila dia menceritakan apa saja yang didengar.” HR Muslim.

Orang yang tidak cermat akan dianggap pembohong apabila bercakap apa saja yang didengar. Perlu diberikan perhatian bahawa semua yang kita dengar jangan kita sampaikan kecuali telah kita pastikan ia betul.

Namun pada hari ini keadaan sudah jauh berbeza. Kita sudah hilang akhlak tenang dan cermat. Yang kita selalu lakukan adalah dengar cakap, tanpa mengira bahawa berita itu sahih atau tidak. Itulah situasi yang berlaku di dalam negara kita sekarang ini.

Memang begitulah yang dijelaskan di dalam hadis akhir zaman iaitu orang yang diberi amanah akan hilang amanahnya, tidak diminta menjadi saksi akan menawarkan diri untuk menjadi saksi dan orang yang tidak diminta bercakap akan bercakap.

Semua yang kita dengar tidak perlu disampaikan kecuali benar dan semua perkara yang benar itu tidak semestinya kita sampaikan kecuali ada kebaikan. Jika ia membawa keburukan ia lebih baik disimpan. Perkara inilah yang seharusnya kita amalkan di dalam menghadapi situasi di negara hari ini.

Ada satu hadis Rasulullah, “Sesungguhnya seseorang lelaki itu bercakap dengan perkataan yang menepati keredaan Allah di mana dia tidak merasakan perkara itu begitu hebat kecuali Allah tuliskan untuknya keredaan Allah sehingga hari kiamat.

Manakala seorang lelaki bercakap dengan perkataan yang menjadi kemurkaan Allah maka dia tidak merasakan perkataan itu begitu dahsyat akan tetapi Allah tuliskan kemurkaan Allah hingga kiamat.” HR as Sayuti

Hari ini berapa ramai yang suka berkongsi sesuatu di media sosial tanpa ada tapisan terhadap perkongsiannya?

Maksudnya, apabila mendengar sesuatu berita perlu ditapis kemudian hanya bercakap pada perkara yang perlu serta baik saja. Kerana ada orang akan bercakap apa saja walaupun  perkataan itu menimbulkan kemarahan dan keburukan.

Hadis itu turut menjelaskan jika perkataan yang baik kita keluarkan maka mendapat keredaan Allah. Maka kita akan mendapat pahala hingga hari kiamat. Manakala perkataan yang Allah tidak reda maka akan mendapat kemurkaan Allah juga hingga kiamat. Justeru berhati-hatilah apabila hendak berbicara. Sebagaimana yang disebut di dalam hadis,

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau lebih baik diam.”(HR Muslim). Wallahu a’lam

_____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This