Sarawak akan guna gelaran ‘Premier’ dan ‘Timbalan Premier’ selepas diwartakan

Dari Penulis

PERTUKARAN gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ perlu diwartakan terlebih dahulu sebelum digunakan walaupun telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata proses itu juga selari dengan proses perundangan biasa dalam pembentukan atau penggubalan undang-undang baharu.

“Dari segi perundangan kita perlu tunggu ia digazetkan (sebelum digunakan secara rasmi), kerana setelah undang-undang baharu dipersetujui di DUN ia perlu dibawa kepada Yang Dipertua Negeri.

“Selepas itu ia akan digazetkan dan baru boleh digunakan. Satu tarikh akan ditetapkan oleh kerajaan negeri untuk menetapkan bila gelaran itu boleh digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan DUN Sarawak di sini hari ini.

Abdul Karim berkata jawatan ‘Timbalan Ketua Menteri’ juga akan ditukar kepada ‘Timbalan Premier’ apabila undang-undang baharu itu diwartakan.

Semalam, Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ telah diluluskan DUN Sarawak.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga apabila 67 ahli dewan menyokongnya dengan enam menentang.

Turut dicadangkan dalam rang undang-undang itu adalah gelaran ‘Menteri Muda’ dipinda kepada ‘Timbalan Menteri’.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This