Penipu operasi di kondo, pengurusan diminta salur maklumat

Dari Penulis

AKTIVITI jenayah scam atau penipuan kebelakangan ini banyak dikesan beroperasi dari kediaman mewah bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.

Terbaharu, sebuah unit kondominium yang mempunyai kawalan keselamatan 24 jam di Medan Tuanku, ibu negara dikesan menjadi pusat operasi mereka.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya meminta kerjasama pengurusan bangunan jika mengesan aktiviti mencurigakan di premis mereka.

“Pihak pengurusan bangunan dan orang ramai diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat atau aktiviti yang mencurigakan berkenaan penipuan dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Polis bongkar sindiket judi, scam beroperasi dari banglo di Jalan U-Thant

Berhubung serbuan terbaharu, kata Noor Dellhan, seorang lelaki dan wanita warga asing ditahan semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian di kondominium tersebut.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 36 dan 42 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 1.30 tengah hari oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau berkata, pasukan serbuan merampas 32 peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu termasuk telefon bimbit, tablet, iPad, monitor komputer, papan kekunci komputer dan tetikus.

“Suspek kini direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This