KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) belum mempunyai sebarang perancangan bagi pemberian dos keempat vaksin COVID-19 kepada semua penduduk Malaysia.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tumpuan utama pihaknya buat masa ini adalah untuk meningkatkan bilangan pemberian dos penggalak terlebih dahulu.
“Buat masa ini kita tiada perancangan, kita nak fokus kepada dos penggalak,” katanya ringkas dalam sidang akhbar hari ini.
Beberapa negara telah pun bergerak untuk memberikan suntikan dos penggalak kedua atau vaksin keempat COVID-19 kepada rakyat negara masing-masing.
Korea Selatan, misalnya, akan mula memberikan dos keempat vaksin COVID-19 menjelang akhir bulan ini selain membekalkan jutaan kit ujian kendiri susulan penularan varian Omicron.
Individu berisiko tinggi merupakan kumpulan pertama yang akan menerima dos keempat yang juga dos penggalak kedua bagi penduduk Korea Selatan.
Selain itu, agensi kesihatan awam Sweden turut mengesyorkan pemberian dos keempat vaksin COVID-19 kepada warga emas berusia 80 tahun ke atas serta mereka yang berada di rumah jagaan dan menerima penjagaan di rumah.
Dos terbabit disarankan diambil paling awal empat bulan selepas dos sebelumnya.
Baca artikel berkaitan: Usaha berterusan tapi cabaran besar sebab Melayu percaya iluminati – KJ
Sementara itu, mengulas perbandingan kes harian COVID-19 dengan beberapa negara lain, Khairy berkata, pada dasarnya peningkatan kes di Malaysia kurang berbanding Singapura, Korea Selatan, United Kingdom dan Jepun.
Setakat 15 Februari, Khairy memaklumkan, Malaysia mencatatkan kes sebanyak 629.75 per satu juta penduduk berbanding 2,078.76 per satu juta di Singapura; 1,173.96 kes per satu juta di Korea Selatan; 970.95 kes per satu juta di United Kingdom dan 663 kes per satu juta penduduk di Jepun.
“Walaupun peningkatan mendadak yang diperhatikan, purata kematian harian mingguan disebabkan COVID-19 tidak meunjukkan peningkatan ketara berbanding sewaktu kemuncak kes yang dicatatkan pada bulan Ogos 2021.
“Purata 13 kes kematian sehari dicatatkan pada minggu epidemiologi kelima 2022 berbanding purata 345 kes kematian sehari pada kemuncak gelombang varian Delta iaitu minggu epidemiologi ke-32 tahun lalu,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

