Pelajar naik bukit semata-mata demi internet, SKMM akan bantu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambi langkah proaktif berhubung masalah perkhidmatan capaian internet sedia ada di rumah panjang Suin, Sarawak.

SKMM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi mengatasi masalah tersebut.

“SKMM akan bekerjasama dengan SMA untuk mengenal pasti kaedah capaian yang lebih sesuai bagi memastikan tahap kualiti pengalaman internet yang lebih baik di situ.

“Perkhidmatan Internet Wifi sedia ada di rumah panjang Suin, Ulu Kemalih, Pakan adalah di bawah projek Sarawak Linking Urban Rural and Nation (SALURAN Wifi).

“Ia merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan negeri melalui SMA,” katanya.

Baca artikel berkaitan: SKMM berhubung dengan SRBN tangani masalah internet

Terdahulu, isu mengenai seorang pelajar dari Pakan, Sarawak mendaki bukit semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik menjadi tular dalam sosial media.

Difahamkan, masalah capaian internet menyebabkan pelajar tersebut terpaksa mendaki bukit untuk mengikuti sesi temu ramah bagi kemasukan ke sebuah universiti tempatan.

Sementara itu, SKMM berkata, SALURAN Wifi adalah perkhidmatan internet yang mampu memberikan purata kelajuan sehingga 25Mbps.

Katanya, perkhidmatan tersebut disediakan sebagai langkah interim bagi memberikan liputan internet kepada penduduk di rumah panjang Suin dan sekitarnya.

“Untuk langkah jangka masa panjang, sebuah menara baharu telah dirancang untuk dibina.

“Menara itu kini di peringkat tender oleh pihak Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) untuk memberikan liputan 4G di kawasan tersebu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This