[VIDEO] Selepas Rayan, pasukan penyelamat kini ‘bergelut’ selamatkan Haidar

Dari Penulis

PASUKAN penyelamat Afghanistan giat berusaha untuk menyelamatkan seorang budak lelaki sembilan tahun yang terjatuh dan terperangkap dalam sebuah perigi di kawasan pedalaman selatan negara itu sejak dua hari lalu.

Lapor Al Jazeera, operasi di Kampung Shokak, wilayah Zabul dibuat kurang dua minggu selepas insiden serupa di Maghribi yang mengorbankan Rayan Awram, lima tahun.

Haidar terperangkap pada kedalaman 10 meter

Video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan kanak-kanak lelaki bernama Haidar tersepit di dalam perigi, namun dia masih dapat menggerakkan tangan bahagian atas badannya.

“Adakah awak OK anak lelakiku? Terus bercakap dengan saya dan jangan menangis, kami sedang berusaha mengeluarkan awak,” kata bapa mangsa yang didengar menerusi rakaman itu.

“Baik, saya akan terus bercakap,” kata kanak-kanak itu pula.

Operasi di Kampung Shokak, wilayah Zabul dibuat kurang dua minggu selepas insiden serupa di Maghribi yang mengorbankan Rayan Awram, lima tahun

Video itu diambil pasukan penyelamat yang menurunkan kamera menggunakan tali dalam perigi tersebut.

Pihak berkuasa tempatan berkata, Haidar dercayai terperangkap pada kedalaman kira-kira 10 meter dalam perigi sedalam 25 meter itu.

“Pasukan penyelamat berada di lokasi bersama ambulans, tangki oksigen dan pelbagai lagi peralatan yang diperlukan,” ciap Setiausaha kepada Timbalan Perdana Menteri, Abdulghani Baradar.

Pasukan penyelamat pada masa ini menjalankan kerja menggali dari sudut permukaan untuk cuba mencapai lokasi di mana mangsa itu terperangkap.

Ia dipercayai kaedah kejuruteraan sama dilakukan pasukan penyelamat yang terbabit dalam insiden membabitkan Rayan yang terperangkap di dasar perigi pada kedalaman 32 meter awal bulan ini.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia selepas lima hari terperangkap dalam perigi berkenaan sehingga meraih simpati masyarakat dunia.

Kisah menyelamat Rayan mendapat perhatian masyarakat dunia dan simpati netizen yang melancarkan tanda pagar #SaveRayan dalam bahasa Arab sehingga trending.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This