Piala Asia: FIFA puji aksi hebat Malaysia, Korea Selatan

Dari Penulis

KEBANGKITAN luar biasa Harimau Malaya untuk mengikat pasukan di ranking ke-23 dunia, Korea Selatan mendapat perhatian daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Persembahan hebat anak buah Kim Pan Gon menyaksikan Malaysia bangkit daripada ketinggalkan 3-2 untuk menamatkan saingan dengan keputusan seri 3-3 hasil jaringan Romel Morales pada minit-minit akhir perlawanan dalam aksi di Stadium Al Janoub hari ini.

Tambah membanggakan, keputusan itu membolehkan Malaysia yang berada di tangga ke-130 dunia pulang dengan satu mata daripada kejohanan Piala Asia 2023 Qatar selepas tewas dua perlawanan Kumpulan E sebelum ini.

Ia mata pertama skuad Harimau Malaya sejak menyertai Piala Asia sebanyak empat edisi sebelum ini.

FIFA menerusi hantaran di laman Facebook miliknya menulis: “Perlawanan yang hebat sekali!”.

Hantaran itu turut mendapat 13,000 tanda ‘like’ dan ‘love’ daripada pengikut laman FIFA setakat pukul 11.20 malam.

Pada aksi itu gol-gol pasukan Harimau Malaya dijaringkan oleh Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales.

Gol Korea Selatan pula dijaringkan Jeong Woo-yeong, Lee Kang-in dan kapten, Son Heung-min.

Statistik perlawanan itu menyaksikan Malaysia melakukan 7 percubaan berbanding 20 Korea Selatan dengan percubaan tepat dilakukan Harimau Malaya 4 berbanding Korea Selatan 8.

Penguasaan bola pula menunjukkan Korea Selatan menguasai 81.3 peratus perlawanan manakala Malaysia hanya 18.7 peratus.

Jelas keputusan seri satu pencapaian cukup membanggakan bagi Harimau Malaya dalam aksi menentang pasukan yang berada di ranking jauh lebih baik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This