Balu arwah Abam, Nor Hidayah menang kes saman fitnah, Ali Puteh perlu bayar RM60,000

Dari Penulis

[DIKEMASKINI] DUA tahun turun naik mahkamah akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, pelawak Ali Puteh.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, hari ini.

Susulan itu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan,33, diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Nor Hidayah.

Sementara itu, peguam yang mewakili Nor Hidayah iaitu Mohamed Ibrahi, Mohamad berkata, pada prosiding sama, hakim telah menolak tuntutan yang dibuat keluarga arwah Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

“Tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ini dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam. Namun, mahkamah menjelaskan tiada berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guami kami yang dianiaya,” katanya memetik laporan mStar.

Kemelut mula tercetus selepas Nor Hidayah,29, memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah RM900,000.

Dalam saman tersebut, Nor Hidayah menuduh Ali mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Nor Hidayah Mohd Ali mengadakan sidang media selepas hadir mendengar keputusan kes saman terhadap adik iparnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Ali Putih di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Selain itu, tuduhan lain yang difailkan ialah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kerta dan sebagainya.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Norhidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dengan kos sebanyak RM13,000.

Dalam saman itu, Ali bersama, bapanya, Syed Mohd. Ridzuan Syed Hassan, 65; ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad, 63; dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd. Ridzuan, 42, pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Norhidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali sekeluarga selaku plaintif.

Sehubungan itu, Ali dan keluarganya memohon satu perintah menghalang Aliff dan Norhidayah daripada mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah.

Untuk rekod, Nor Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Abam pada 8 Disember 2017.

Untuk rekod, Nor Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Abam pada 8 Disember 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang anak tunggal, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Namun, pada 10 Februari 2020, Abam disahkan meninggal dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This