Resipi tepung bungkus. Kuih legend terbaik dari mak. Sedapnya air tangan orang lama

Dari Penulis

Air tangan orang lama ini memang sukar nak ditandingi. Walaupun menggunakan resipi yang sama, namun hasilnya berbeza.

Wawa NH berkongsi resipi tepung bungkus milik ibunya. Memang terbaik.

“Hai semua . First time post dekat sini . Just nak share kuih yg dah lama mak kita tinggalkan sejak anak-anak semua dah bekerja. Harini mak kita rajin buatkan tepung bungkus . Kuih legend jualan mak dari kami semua adik beradik kecik lagi .

Tepung bungkus mak yang terbaik ? doakan mak saya terus sihat yea . Sayang mak ????

Bahan :

Tepung

2 cawan Tepung beras

4 cawan Santan

Garam secukup rasa

Cara :

Masukkan semuanya dan masak sehingga likat atau pekat . Kalau tepung nampak berketul, tambahkan santan. Tepung tak boleh nampak berketul-ketul.

Inti kelapa :

1 biji Kelapa muda (kemantan/separuh tua)

1 cawan Gula merah

1 cawan Gula putih

2 helai Daun pandan

*Kulit kayu manis

*Jintan manis

*Bunga lawang

– * serba sedikit

Cara :

1. Daun pandan dikisar bersama kulit kayu manis , bunga lawang dan jintan.

2. Masak gula merah bersama dengan bahan yang dikisar . Tapiskan ke dalam kelapa parut. Masak sehingga pekat dan boleh digentel atau diketul bulat-bulat.

3. Bancuhkan tepung pulut dan salutkan kepada inti. Sukatan tepung pulut atas kesesuaian masa menggentel inti.

4. Kukus selama 40 minit. Selamat mencuba.

Sumber : Wawa NH


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This