“Covid-19 ini peminat lagu Janji Manismu agaknya sebab asyik nak ‘ikut’ saya saja…,” – Aishah positif Covid-19 kali kedua

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TIADA siapa menduga namun ia diibaratkan ketentuan takdir apabila penyanyi Datuk Aishah Ariffin sekali lagi diuji apabila disahkan positif Covid-19 buat kali kedua.

Kali terakhir penyanyi lagu Janji Manismu itu dijangkiti virus maut itu ialah pada 30 Ogos tahun lalu.

Aishah,57, berkongsi keadaan kesihatannya menerusi muat naik video di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum semua. Ini baru betul-betul ketentuan takdir. Hari itu selepas menerima suntikan dos penggalak, saya diminta oleh Dr Nazlin untuk membuat ujian saringan.

“Hari pertama keadaan saya masih okay tetapi saya mula rasa tidak sedap hati dan kemudiannya membuat ujian saringan sendiri di rumah. Keputusannya, saya positif Covid-19 selepas dua kali ujian saringan dilakukan.

“Ini betul-betul ketentuan takdir. Selepas dapatkan dos penggalak nasihatkan saya untuk buat ujian saringan untuk hari pertama dan hari ketiga.

“Patutlah hari pertama itu saya rasa betul-betul tak larat. Simptomnya seperti apa yang pernah saya baca sebelum ini. Masa mula-mula kena, saya tidak ada batuk atau hidung berair tapi kali ini, keadaannya sangat teruk,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut meminta kru belakang tabir yang terbabit dalam pembikinan muzik video single Ketentuan Takdir untuk membuat ujian saringan.

“Kepada semua kru produksi yang terbabit dalam penggambaran muzik video Ketentuan Takdir dan petugas di pusat pemberian dos penggalak di Dewan Taman Mewah, tolong buat pemeriksaan sebab anda turut menjadi kontak rapat saya.

“Mungkin saya terkena (dijangkiti) daripada baju yang dibawa oleh seorang petugas yang membawa baju itu. Sebab dia positif Covid-19 sebelum itu. Tapi kami semua dah patuhi amalan kebersihan dengan sebaiknya termasuklah melakukan semburan pembasmi kuman.

“ Here we go again… doakan saya ya. Tolong buat pemeriksaan dan jaga diri semua ya,” luahnya dengan nada tidak bermaya.

Sementara itu, meskipun tidak sihat, namun Aishah sempat bergurau dengan mengatakan virus Covid-19 adalah ‘peminat’ lagu nyanyiannya, Janji Manismu.

“Covid-19 ini peminat lagu Janji Manismu agaknya sebab asyik nak ‘ikut’ saya saja. Tak apalah, Allah nak suruh saya rehat untuk beberapa hari.

“Jaga diri dan saya harap anda mendoakan saya serta mereka yang sedang bertarung dengan virus ini,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This