Bukan sekadar janji manis! Aishah pilih 4 Julai untuk raikan 40 tahun perjalanan cinta bersama peminat

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS empat dekad mengukuhkan posisi sebagai antara pelantun suara terbaik yang pernah dilahirkan industri muzik tanah air, Datuk Aishah akhirnya bakal tampil dengan konsert solo berskala besar yang cukup berprestij.

Konsert berjudul “Aishah 40 Chapters of Love” itu dijadualkan bakal menggegarkan Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 4 Julai hadapan.

Dianjurkan oleh Vox Nation Live, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik biasa, sebaliknya ia merupakan satu naskhah penuh emosi yang akan menceritakan perjalanan seninya sejak mula melangkah ke dunia glamor sehingga menjadi legenda.

Mengambil tema perjalanan hidup dan cinta, Aishah bakal membawa peminat menyelusuri setiap ‘bab’ dalam karier gemilangnya menerusi seleksi lagu yang telah menjadi soundtrack kepada kehidupan ramai rakyat Malaysia.

Nama-nama besar dalam diskografinya seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang, dan Kemaafan Dendam Yang Terindah dijangka akan menjadi antara kemuncak utama yang bakal mengusik jiwa penonton.

Bagi Aishah, konsert itu adalah jawapan kepada penantian panjang peminat setianya.

Menjelang hari bersejarah tersebut, dia kini sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan fizikal dan mental bagi memastikan vokal serta persembahannya berada pada tahap paling optimum.

“Saya melihat konsert ini sebagai sebuah bingkisan tulus buat semua peminat yang tetap teguh berdiri di belakang saya selama 40 tahun ini.

“Perasaan tidak sabar untuk kembali beraksi di pentas berskala besar sukar untuk digambarkan.

“Saya mahu setiap bait lagu yang saya nyanyikan nanti bukan sekadar hiburan, tetapi satu momen istimewa yang mampu menyentuh hati dan menghidupkan semula kenangan indah kita bersama,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang menyifatkan penganjuran konsert ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada legasi seni yang telah dibina oleh Aishah.

Menurutnya, pihak penganjur komited untuk memberikan kualiti produksi bertaraf tinggi demi memadankan status Aishah sebagai ikon muzik negara.

“Nama Aishah adalah satu jenama besar yang telah mencorak sejarah muzik kita.

“Melalui konsert ini, kami mahu penonton bukan sekadar menonton persembahan, tetapi merasai satu pengalaman yang mendalam.

“Setiap elemen daripada susunan muzik sehingga ke penataan cahaya dirancang untuk membawa peminat menyelami setiap babak suka duka perjalanan seni beliau,” ulasnya.

Bagi anda yang tidak mahu terlepas menyaksikan malam bersejarah ini, tiket akan mula dijual secara rasmi pada 17 April 2026, jam 3.00 petang melalui laman web www.ticket2u.com.my/Aishah40.

Menariknya, nama-nama kategori tiket juga diambil daripada judul lagu-lagu popularnya bagi menambah lagi elemen nostalgia buat pembeli:

VVIP: RM788

VIP / Janji Manismu: RM488

Sensation: RM388

Paradise: RM288

Kasih Kita: RM238

Pulanglah: RM198

Taman Keabadian: RM168

Dengan gabungan vokal yang masih ampuh, susunan muzik yang menyentuh jiwa, dan produksi yang teliti, “Aishah 40 Chapters of Love” dijangka bakal menjadi antara konsert solo paling diperkatakan bagi tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah 40 tahun cinta Datuk Aishah!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This