“Biasalah bila orang tengok kami serasi di set penggambaran, mulalah orang…,” – Fikry Ibrahim tolak bercinta dengan heroin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Fikry Ibrahim menolak dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Rita Nadira yang juga merupakan gandingannya dalam drama Kerana Dia Suka.

Malah, kata Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim,28, buat masa ini dia masih belum terfikir untuk berkahwin memandangkan perjalana karier seninya masih lagi panjagn.

“Saya ada perjalanan hidup sendiri iaitu yang masih belum memikirkan tentang perkahwinan dan saya percaya Rita juga sama.

“Biasalah bila orang tengok kami serasi dekat set penggambaran, mulalah orang akan selalu mengusik kita.

“Secara tak langsung ia adalah doa-doa untuk mempercepatkan jodoh tapi sebaliknya mungkin belum lagi buat masa ini,” katanya kepada URTV.

Fikry berkata demikian ketika pada sidang media Kerana Dia Suka yang diadakan secara maya, semalam.

Dalam pada itu, Fikry menyifatkan Rita seorang pelakon yang berbakat besar dan mampu melangkah lebih jauh lagi pada masa akan datang.

“Ini kali kedua saya bekerja dengan dia. Dia seorang yang mudah bagi kerjasama.

“Saya percaya karier seninya mampu melangkah lebih jauh lagi satu hari nanti,” jelasnya.

Drama Kerana Dia Suka akan mula ditayangkan pada 9 Mac ini di slot Lestari TV3.

Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama itu merupakan arahan Kyoll Hamzah dan terbitan Zeel Production Sdn. Bhd.

Selain Fikry dan Rita, pelakon lain yang turut membintangi drama 20 episod itu ialah Rozita Che Wan, Aidit Noh, Ezany Nizarif, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This