SEORANG lelaki mendakwa dirinya sebagai “utusan Tuhan” selepas berang ditegur seorang penumpang transit alisan massa (MRT) kerana tidak memakai pelitup muka.
Kejadian itu dilapor berlaku kelmarin di republik Singapura selepas satu video yang dimuat naik dua hari lalu di platform TikTok tular yang sehingga kini ditonton lebih 1.9 juta kali.
Dalam video tersebut lelaki berkenaan mengugut untuk mencederakan seorang penumpang dan turut mengeluarkan kata-kata kesat selepas tidak berpuas hati apabila ditegur.
“Awak ingat saya takut, dan jangan menyibuk,” kata lelaki itu ketika bertekak dengan seorang penumpang lain yang sedang duduk.
Kata lelaki itu, dia ada agenda sendiri dan mempunyai mesej daripada Tuhan.
Baca artikel berkaitan: 5 ‘rakan’ Tangmo Nida termasuk jurumudi bakal dituduh cuai
Video berdurasi 1 minit 13 saat itu turut menerima kecaman daripada warganet yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu menyerang penumpang selepas tidak puas hati ditegur.
“Saya adalah pembawa mesej,” kata lelaki itu sebelum penumpang yang diserangnya bangun dan berpindah tempat.
Pemilik video berkata, sehingga selesai video berkenaan, dia sendiri tidak tahu apakah mesej dari Tuhan yang disampaikan kepada lelaki berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

