TVET, bencana dan infrastruktur antara fokus mesyuarat MB, KM – Amirudin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

USAHA memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), kesiapsiagaan menghadapi bencana dan penyelenggaraan infrastruktur awam menjadi antara agenda utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri Kali Ke-149, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menjadi platform penting bagi menyelaras pelbagai dasar serta agenda pembangunan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerjasama erat antara kedua-dua peringkat kerajaan amat penting bagi memastikan pelaksanaan dasar berjalan lancar serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyelaras pelbagai agenda pembangunan serta isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Amirudin, antara perkara yang dibincangkan ialah usaha memperkasakan TVET melalui Majlis TVET Negara (MTVET) bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri dan ekonomi negara.

Selain itu, jelasnya, mesyuarat turut memberi tumpuan kepada aspek kesiapsiagaan serta pengurusan bencana alam bagi memastikan tindak balas lebih berkesan dapat dilaksanakan sekiranya berlaku kecemasan.

Beliau berkata, isu penyelenggaraan jalan raya, sistem perparitan dan saliran turut dibincangkan memandangkan ia berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat serta pembangunan mampan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Katanya, pelbagai perkara berkaitan infrastruktur awam yang memerlukan penyelarasan antara agensi dan kerajaan negeri turut diberikan perhatian dalam mesyuarat berkenaan.

Amirudin berkata, pendekatan yang berteraskan kerjasama, penyelarasan dan tindakan berkesan perlu terus diperkukuh bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif kerajaan dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata.

Beliau menegaskan Kerajaan Negeri Selangor akan terus memberikan komitmen penuh dalam menjayakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri dan negara.

“Kerjasama yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus menjadi asas penting dalam memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This