Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perkasa kerjasama

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERJASAMA antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diperkasa menerusi Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, banyak aspek pembangunan rakyat dan negara dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Jelas beliau, antara perbincangan yang dilakukan adalah berkenaan perolehan tanah untuk pelaksanaan pembangunan kerajaan berkepentingan awam.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan memberi tumpuan kepada projek infrastruktur berimpak tinggi seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), landasan berkembar elektrik Gemas ke Johor Bahru, Projek Sistem Transit Rapid (RTS), Lebuh raya Pantai Barat (WCE), Central Spine Road dan Lebuh raya Kota Bharu – Kuala
Krai.

“Projek-projek ini akan beri limpahan ekonomi yang besar kepada negeri-negeri terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Martabatkan Bahasa Melayu, Perdana Menteri contoh terbaik

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, mesyuarat tersebut memutuskan yang Kerajaan Negeri perlu memberikan keutamaan dan menyegerakan kelulusan permohonan
pengambilan tanah untuk projek Kerajaan Persekutuan.

Ujar beliau, Kerajaan Negeri perlu membantu menyelesaikan isu halangan di atas tanah
Kerajaan Negeri yang terlibat dengan projek-projek kerajaan yang berkepentingan awam.

Katanya, perbincangan lanjut akan diadakan berhubung kadar premium yang dikenakan untuk pemberimilikan dan cukai tanah oleh Kerajaan Negeri selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Tanah Negara.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat itu turut dimaklumkan mengenai Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang akan mula dilaksanakan April ini.

Jelas beliau, program tersebut akan mengambil beberapa pendekatan seperti menubuhkan Unit Kemiskinan khusus pada peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah serta melaksanakan penyelesaian kemiskinan pada peringkat akar umbi.

“Program yang bertujuan membasmi miskin tegar pada tahun 2025 ini akan bermula dengan fasa 1 melibatkan 80 lokaliti rintis di seluruh negara.

“Fasa 2 dan Fasa 3 akan bermula pada September dan Disember 2022. Fasa 4 sehingga fasa 6 akan dilaksanakan pada 2023,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat juga dimaklumkan mengenai strategi pengurusan bencana disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu akibat daripada pemanasan global.

Katanya, terdapat 11 pendekatan jangka pendek dan sembilan penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tersebut.

“Antara penyelesaian jangka masa pendek adalah memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir (pam, pintu air dan set generator) pada tahap optimum dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Bagi penyelesaian jangka masa panjang, antara strategi yang dirangka adalah pembangunan Akta Adaptasi Sektor Air untuk memperkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim sektor air,” katanya.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama melibatkan projekprojek pembangunan di negeri-negeri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This