Setiap polisi, dasar mesti berteras realiti cabaran semasa serta keperluan masa depan – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap polisi dan dasar yang diputuskan mesti berteraskan realiti cabaran semasa serta keperluan pada masa depan.

Jelas beliau, ia termasuk mengambil kira ketidaktentuan akibat krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada kos dan rantaian bekalan.

“Dalam konteks isu diesel, kita harus memahami kesannya terhadap majoriti, khususnya sektor pengangkutan, petani, nelayan, peladang serta pengusaha bas pelancongan.

“Justeru, pendekatan kita mesti berasaskan keupayaan mendengar, memahami dan menyelesaikan secara berperingkat, dengan tuntas serta adil demi menjamin kelangsungan ekonomi rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan.

Perdana Menteri berkata, sewaktu mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pengangkutan, beliau dimaklumkan mengenai pelaksanaan pelbagai projek strategik sepanjang tahun termasuk kemajuan projek rel berskala besar.

“Selain itu, perbincangan turut merangkumi usaha memperkukuh kerangka perundangan melalui pindaan akta berkaitan, peningkatan penggunaan pengangkutan awam secara lebih menyeluruh, serta pemerkasaan modal insan,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This