Pemenang Oscar & pelakon filem Marvel, William Hurt disahkan meninggal dunia akibat kanser prostat

Dari Penulis

SEMINGGU sebelum usianya mencecah 72 tahun, pelakon veteren Hollywood, William Hurt disahkan meninggal dunia akibat penyakit kanser prostat, semalam.

Menurut laporan Deadline, khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh anak William, Will yang mengatakan ayahnya menghidap penyakit tersebut sejak Mei 2018.

Malah, keadaan kesihatannya semakin merosot apabila kanser itu telah merebak ke bahagian tulang yang lain.

“Dengan segala kesedihan keluarga Hurt meratapi pemergian William pada 13 Mac 2022, seminggu sebelum tarikh hari lahirnya yang ke-72,” ujarnya.

Tambah Will, dia meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati sensitiviti keluarganya selepas kehilangan insan tersayang.

“Keluarga kami memohon privasi untuk saat ini. William meninggal dunia dalam keadaan tenang dan dikelilingi keluarga,” katanya.

William merupakan pemenang Anugerah Oscar pada 1981 menerusi filem Kiss A Spiderman telah meninggalkan empat orang cahaya mata.

Mendiang banyak membintangi filem-filem terkenal Marvel seperti Hulk (2008), Civil War (2016), Avengers Infinity War (2018), Avengers End Game (2019) dan Black Widow (2021).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This