Belajar sambil bekerja, Wani Kayrie bangga terima keputusan peperiksaan CGPA 3.39

Dari Penulis

PENYANYI Wani Kayrie berkongsi berita gembira apabila berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran meskipun sibuk dengan kerjaya seni.

Menerusi laman Instagramnya, Wani atau Syazwani Maisarah Abdullah,21, memuat naik hantaran foto keputusan peperiksaanya bagi semester lima di sebuah universiti swasta.

“Simpan sini biar jadi kenangan bila dah graduasi nanti. Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja.

“Lagi-lagi Wani pelajar sepenuh masa di Management & Science University (MSU) dan kena seimbangkan pelajaran dan kerjaya,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang itu, dia turut berjaga sehingga pagi bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

“Orang hanya nampak Wani kongsikan pasal kerja dan seronok jalan-jalan semua kan. Hakikatnya, ini lah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan tugasan dekat set, masuk kelas atas talian dekat studio dan macam-macam lagi.

“Siang kerja, lepas itu sambung tugasan sampai pagi. Lepastu esok bangun pagi jalankan penggambaran. Kegigihan. Tetapi percaya akan proses,” katanya.

Wani yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi atas keputusan yang membanggakan itu.

“Alhamdulillah Ya Allah atas keputusan ini. Walaupun subjek Finance ‘C’ (memang dari sekolah tiada bakat mengira) sampai sekarang, tetapi saya bangga dengan diri saya atas keputusan subjek teras ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wani turut mengucapkan tahniah buat pelajar lain yang senasib dengannya dalam menimba ilmu.

“Tahniah semua yang berjaya mengharungi hari-hari jatuh dan berjaya bangkit tanpa ada orang tahu liku-liku dan dugaan kita,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This