Apakah stretch mark dan kenapa ia terjadi?

Stretch mark disebabkan perubahan kepada kulit seperti regangan yang menyebabkan lapisan dermis kulit cedera. Ada yang boleh sembuh seperti sedia kala, tetapi ada juga yang kekal.

Punca terjadinya stretch mark adalah penambahan berat badan yang ketara, perubahan hormon Cortisol dan hormon tumbesaran. Remaja pula lebih mudah mendapat stretch mark berbanding dengan wanita yang lebih dewasa.

Bagaimana menghilangkan stretch mark?

Setakat ini tiada krim atau minyak yang boleh menghilangkan stretch mark. Ini adalah kerana, stretch mark berlaku akibat terdapat kecederaan fizikal pada lapisan dermis kulit. Malangnya kecederaan ini tidak dapat dirawat dengan apa-apa jenis krim atau losen.

Kalau dahulu, untuk merawat stretch mark selepas bersalin, rawatan yang menjadi pilihan adalah tummy tuck. Tummy tuck sesuai kalau kulit menggeleber dan mempunyai stretch mark.

Namun begitu, ramai orang tidak berminat melakukannya kerana ia meninggalkan satu parut yang panjang di ‘bikini line’ dan memerlukan sedikit pembedahan.

Rawatan alternatif

Antara rawatan yang ditawarkan untuk menghilangkan stretch mark di kulit perut, paha, punggung atau dimana-mana bahagian tubuh badan adalah dengan menjalani rawatan Laser CO2. Laser CO2 berfungsi dengan merangsang pentumbuhan kulit baru. Kulit yang mempunyai stretch mark akan digantikan dengan kulit yang lebih bersih dan tegang.

Jika stretch mark ini terlalu teruk, rawatan Laser CO2 ini boleh digandingkan dengan rawatan terkini Radio Frequency Microneedling. Rawatan ini menggunakan jarum halus yang mengeluarkan tenaga radio frekuensi apabila prosedur dilakukan di kawasan stretch mark. Radio frekuensi ini akan merangsang kawasan dermis kulit untuk menghasilkan kolagen. Apabila kolagen terhasil, kulit akan menjadi lebih tegang dan kesan-kesan stretch mark akan hilang.

Jika stretch mark ini berlaku di kawasan perut, mungkin terdapat lapisan lemak yang tebal selepas bersalin. Lemak ini boleh dibuang dengan teknik Laser Lypolisis. Rawatan ini boleh membuang lemak dan menegangkan kulit perut secara langsung.

Kini anda tidak perlu risau lagi tentang masalah stretch mark atau kulit menggeleber. Rawatan mungkin diperlukan untuk beberapa sesi. Ini bergantung kepada tahap masalah stretch mark anda.