Tak payah beli lagi sizzling yee mee ayam dan cendawan. Buat sendiri lagi umphh

Dari Penulis

Air tangan mak-mak ni memang sukar nak ditandingi, masaklah apa pun waima telur goreng dan ikan bilis, pasti suami dan anak-anak berselera makan.

Apa lagi kalau mereka cuba masakan istimewa, lagi berbaloi-baloi. Ikut sahaja resipi yang disediakan..nah rasalah kelazatan tiada tandingan.

Macam resipi Sizzling Yee Mee Ayam dan Cendawan perkongsian Ara Zuharoh ini.

“Betul-betul berbaloi beli hot plate ni 2 tahun lepas. Sejak beli ni langsung tak pernah makan yee mee kat kedai dah. Anak dan suami cakap masak sendiri lagi sedap, lagi berbaloi dan lagi puas hati. Boleh lebihkan apa yang kita nak.

Pernah beli yee mee ni kat tempat favorite yang selalu makan tapi bila jumpa resepi ni tak boleh lawan dah, beli kat luar makan tak habis, masak sendiri tak cukup 1 pinggan.

Nah, Ara sertakan sekali resepi yang memang tak kan mengecewakan. Resepi ni pon Ara jumpa dalam group ni juga just tambah apa yang perlu..Terima kasih pada yang memberi resepi. Moga pahala terus mengalir.

SIZZLING YEE MEE AYAM DAN CENDAWAN

Bahan-bahan:

1 gulung Yee mee

Ayam – (potong kecil-kecil)

2 biji Cendawan kering  (rendam sehingga kembang dan belah 2)

3 tangkai Cili kering (potong dalam 1 inci)

1 inci Halia (diketuk)

3 ulas Bawang putih (cincang halus)

2 pokok Sawi (siang dan dicelur sekejap)

5 sb Kicap pekat 

3 sb Sos tiram

3 cawan Air (kalau nak kuah banyak, letak air lebih)

1 biji Telur

1 sb Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Serbuk lada hitam

Minyak secukupnya

Garam dan perasa

Cara :

1. Panaskan minyak dan masukkan cili kering, halia dan bawang putih. Biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam. Tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam. Biarkan ayam separuh masak.

3. Masukkan air dan gaul sebati,  seterusnya masukkan cendawan.

4. Masukkan pula air bancuhan tepung jagung dan garam dan serbuk perasa. Terpulang nak pekat macam mana kuah.

5. Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.

6. Akhir sekali, masukkan sawi yang dicelur tadi dan pecahkan telur ke dalam masakan dan biarkan sehingga masak.

7. Siramkan lebihan kuah ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

8. Taburkan serbuk lada sulah dan boleh ditambah cili potong untuk menambah selera. Selamat mencuba.

*hidangan untuk 1-2 Orang. Kalau nak buat lebih gandakan bahan.

#sizzlingyeemee

Sumber : Ara Zuharoh


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This