Tahap kesihatan awam diukur kemasukan ke ICU – KJ

Dari Penulis

KESAN dan tahap kestabilan kesihatan awam selepas pembukaan sempadan negara hanya dapat diukur menerusi kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kita akan mula buka sempadan pada 1 April ini dan kita nak tengok kesan kepada pembukaan itu dan kita jangka pembukaan yang akan dibuat dengan selamat dan tidak ada tekanan kepada sistem kesihatan awam.

“Tetapi apa yang kita tak tahu adalah dari segi varian baharu Omicron…ini kita masih pantau sebab kita tahu Omicron ini ada sub unit dan pakar di Kementerian Kesihatan sedang memantau. Kalau kita lihat negara Eropah, kadar jangkitan turun dan naik,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai cara mengukur tahap kestabilan kesihatan awam yang diguna pakai kementerian.

Baca artikel berkaitan: 35 peratus populasi dewasa belum terima dos penggalak – KJ

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.

Ismail Sabri dilapor berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

Khairy berkata turut dipantau adalah dari segi kelonggaran solat tarawih.

“Saya nak tengok selepas 1 April ini…lebih kelonggaran solat tarawih dan sebagainya, melonjak naik atau tidak…(bilangan) kes tak apa, cuma kemasukan hospital dan ICU itu saya nak lihat dalam beberapa bulan lagi (sama ada) keadaan itu stabil atau tidak,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This