Terima kasih Presiden kerana serah kepada PM – Khairy

Dari Penulis

“TERIMA kasihlah Presiden,” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin.

Ini susulan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang akhirnya menyerahkan soal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Khairy, apa yang dikatakan Ahmad Zahid itu menunjukkan yang Presiden UMNO itu memahami soal urusan PRU-15.

“Saya melihat semangat Presiden parti tadi.. betul.

“Walaupun beliau kata dari segi akar umbi mahukan pilihan raya yang awal tetapi beliau kata akhirnya serah kata Perdana Menteri,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, selaku Menteri Kesihatan, beliau berpandangan PRU-15 boleh ditangguhkan terlebih dahulu sehingga sistem kesihatan lebih stabil.

“Kita akan masuk fasa peralihan endemik. Lebih baik kita tangguh perkara yang boleh merumitkan pemulihan.

“PRU antara yang boleh ditangguhkan,” kata bekas calon Presiden UMNO itu yang tewas kepada Ahmad Zahid pada pemilihan parti selepas PRU-14.

Baca: Ahmad Zahid sentuh PRU-15, bertanya tapi seperti mendesak

Diplomasi tapi jelas – Annuar Musa ulas ucapan Zahid

Sementara itu, dalam temu bual bersama Awani petang ini, Khairy melahirkan rasa lega kerana ucapan Ahmad Zahid boleh menyatukan parti.

“Sebelum ini kita dibayangi ucapan daripada perwakilan sayap seolah isu yang akan dibangkitkan hari ini hanya isu PRU yang akan datang.

“Namun demikian, Presiden sangat tertib dan memahami Perlembagaan Persekutuan bahawa pembubaran Parlimen adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Kabinet,” katanya.

Menurut Khairy, ini adalah manifestasi adab politik yang sangat tinggi daripada Presiden yang memahami dan tidak mendesak.

“Tetapi pada masa sama turut menyebut soal timing politik bahawa sangat cantik jika diadakan tidak lama lagi.

“Semua perkara ini akan dibincang dan difikirkan semasak-masaknya oleh Perdana Menteri,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This