Resipi warisan biskut Almond London ikut sukatan cawan. Sedapnya buat kudapan

Dari Penulis

Biskut Almond London antara biskut paling popular setiap kali sambutan perayaan Aidilfitri. Kali ini Wanita nak kongsikan resipi warisan biskut Almond London mengikut sukatan cawan. Cukup mudah untuk disediakan.

“Resepi yang telah digunakan sudah bertahun-tahun.

Bahan :

1 buku Butter (250gm)

1 cawan Gula halus

1 cawan Tepung beras

1 cawan Tepung jagung

2 cawan Tepung gandum

1/2 cawan Badam kisar (saya guna badam nib, bakar hingga perang, sejukkan & kisar) boleh juga guna serbuk badam

1 sudu teh Emplex

150 biji Badam biji (bakar 10 minit)

Paper cup hitam

Coklat masakan

Pencair coklat (cocoa butter) teksturnya macam lilin

Contoh sukatan cawan.

Hiasan:

Badam cincang / coklat urai /gula manik

Cara :

1. Pukul butter & gula menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

Pukul butter dan gula sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, emplex dan badam kisar sampai menjadi doh.

Emplex digunakan bagi merangupkan lagi biskut.

3. Selepas itu, gentel doh kecil-kecil dan masukkan badam biji di tengah.

Tekstur doh yang disiap diadun.
Ambil secubit dan letakkan badam kat tengah.

4. Bakar selama 15 minit pada suhu 160° mengikut oven masing-masing.

5. Apabila sudah sejuk, celupkan ke dalam coklat dan masukkan ke dalam cup. Hias dengan manik / gula urai.

Masukkan sedikit biskut, jangan masukkan banyak-banyak kerana coklat cepat mengeras.
Masukkan ke dalam paper cup dan hias guna badam.
Masukkan dalam peti sejuk sebentar, sehingga coklat keras baru dimasukkan dalam balang.
Boleh juga dihias menggunakan gula manik.

Nota :

Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil dan ditambah sedikit pencair coklat.

Tujuan pencair coklat adalah supaya coklat tidak lekat terlalu banyak pada biskut dan apabila sudah keras, permukaan coklat akan lebih licin.

Dicadangkan menggunakan paper cup berwarna hitam supaya tidak kelihatan comot pada paper cup.

Selepas masukkan biskut dalam paper cup dan hias atas biskut, masukkan sebentar biskut dalam peti sejuk supaya coklat cepat mengeras dan boleh dimasukkan ke dalam balang. Siap! Selamat mencuba.

Sumber : Erma Azizie


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This