Dua Dekad Hasilkan Kuih Raya, Winda Cookies Kampung Baru Tak Menang Tangan

Dari Penulis

Menjelang sambutan Aidilfitri, permintaan terhadap kuih raya tradisional semakin meningkat dan situasi itu turut dirasai oleh seorang pengusaha kuih raya di Kampung Baru yang telah menjalankan perniagaan tersebut sejak lebih 20 tahun lalu.

Pengusaha Winda Cookies, Hajah Winda Bakri,58 berkata beliau mula mengusahakan perniagaan membuat kuih raya dan rempeyek secara kecil-kecilan sebelum berkembang sehingga mampu mengedar kepada beberapa pengusaha kuih lain di sekitar Kuala Lumpur.

Kesibukan di dapur apabila pengusaha kuih raya menyiapkan tempahan pelanggan menjelang sambutan Aidilfitri.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurutnya, kedainya yang terletak di Kampung Baru menghasilkan pelbagai jenis kuih raya popular seperti almond london, tart nenas, makmur, suji, dahlia dan crystal ball bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Antara kuih yang paling mendapat permintaan ialah tart nenas, Almond London dan crystal ball, terutamanya apabila menjelang musim perayaan,” katanya ketika ditemui di premis Winda Cookies di sini.

Proses membentuk dan menyusun kuih raya dilakukan dengan teliti bagi memastikan kualiti dan rasa yang terbaik kepada pelanggan,
GAMBAR: Abd Razak Aid

Hajah Winda berkata, kedainya mampu menghasilkan kira-kira 100 balang kuih raya pelbagai jenis setiap hari, namun jumlah pengeluaran terpaksa dihadkan kerana kekurangan tenaga kerja.

Ketika ini, beliau dibantu oleh tujuh orang pekeja  yang memulakan kerja seawal jam 5 pagi setiap hari bagi memastikan tempahan pelanggan dapat disiapkan mengikut masa.

Kuih raya yang telah siap dibakar disusun sebelum dimasukkan ke dalam balang untuk proses pembungkusan.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurutnya, setiap balang kuih raya dijual pada harga antara RM20 hingga RM22, manakala kerepek dan rempeyek pula dijual pada harga sekitar RM18 sebalang.

Walaupun berdepan cabaran kekurangan pekerja, beliau bersyukur kerana permintaan terhadap kuih raya yang dihasilkannya sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan pelbagai jenis kuih raya dan rempeyek boleh berkunjung ke Winda Cookies Kampung Baru untuk membuat pembelian secara terus.

Rempeyek yang telah siap digoreng di masukkan ke dalam balang sebagai persediaan tempahan pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Kesibukan di dapur apabila pengusaha kuih raya menyiapkan tempahan pelanggan menjelang sambutan Aidilfitri.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Pengusaha kuih raya sibuk menyiapkan pelbagai jenis kuih tradisional bagi memenuhi permintaan yang meningkat menjelang Aidilfitri.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Pekerja menyusun balang kuih raya sebelum dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Proses menghasilkan kuih raya dilakukan secara teliti bagi memastikan kualiti dan rasa yang menepati cita rasa pelanggan.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Tempahan rempeyek yang telah siap dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan menjelang sambutan Aidilfitri.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Pelbagai jenis kuih raya yang dihasilkan secara tradisional bagi memenuhi permintaan pelanggan sepanjang ramadan.
GAMBAR: Abd Razak Aid


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This