Sesak hampir 20 km akibat treler rosak di lorong mendaki

Dari Penulis

KESESAKAN di laluan mendaki di KM231.9 di antara Kuala Kangsar-Changkat Jering di Lebuhraya Utara-Selatan berpunca daripada sebuah treler yang terkandas di lorong perlahan akibat kehabisan minyak dan kerosakan enjin.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan insiden tersebut telah berjaya diselesaikan dan treler yang terbabit telah dialihkan ke tempat letak kenderaan kecemasan yang berhampiran kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

“Kami sedang merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan yang sewajarnya.

“Sepanjang insiden tersebut, maklumat trafik telah disalurkan secara beterusan kepada pelanggan lebuh raya menerusi papan tanda elektronik di lokasi strategik serta Twitter PLUSTrafik.

“Pengguna yang menghala ke utara turut diarahkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kuala Kangsar sebelum masuk semula menerusi Plaza Tol Changkat Jering,” menurut kenyataan itu. seperti dilapor Bernama.

Kenyataan itu menyebut, pasukan operasi lebuh raya PLUS turut berada di lokasi dan mendapat kerjasama pihak berkuasa dalam menguruskan insiden terbabit.

PLUS melahirkan rasa kesal atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuh raya yang terperangkap dalam kesesakan tersebut.

Sementara itu, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik sesak sejauh 18 kilometer km tengah hari tadi.

Malah, sehingga jam 3.30 petang tadi, LMM memaklumkan trafik masih sesak walau treler berkenaan sudah dialihkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This