Warga emas cedera kereta dipandu langgar kepala lori terbabas di PLUS

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG warga emas cedera apabila kereta dipandu berlanggar dengan kepala lori treler yang tercampak selepas terbabas sehingga terlanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail berkata, lori treler berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ke Ipoh sebelum terbabas sendiri di Kilometer 210 lebuh raya berkenaan.

Jelasnya, terdahulu pada 11 Disember lebih kurang pukul 5.00 petang, polis telah menerima maklumat daripada pihak lebuh raya mengenai satu kemalangan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada hari yang sama lebih kurang pukul 4.45 petang.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan kelindan lori yang mengalami kecederaan di telinga kiri telah dibawa ke Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Mohd Amirul Rizal dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia baharu

Manakala, katanya lagi, pemandu lori treler hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan dan kaki dengan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

“Polis menyeru kepada mana-mana individu yang menyaksikan kemalangan tersebut untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This