JPKM buka peluang akses pendidikan tinggi negara

Dari Penulis

JELAJAH Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) yang merupakan inisiatif program Perdana Menteri membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara untuk seluruh masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman atau luar bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM, Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sekretariat JPKM akan menjelajah ke seluruh negara bagi mencari, mengenal dan membantu sasaran seramai 50,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 – 2021 seperti sasaran Perdana Menteri untuk memberi peluang kedua anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang bernasib baik serta kurang berkemampuan dari segi kewangan di seluruh negara.

Katanya, majlis perasmian program tersebut yang dianjurkan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dilakukan hari ini di Pulau Pinang telah disempurnakan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

“Saya sangat berbesar hati dan berasa terharu dengan kehadiran Tun Ahmad Fuzi merasmikan JPKM Peringkat Negeri Pulau Pinang.

“Tuan Yang Terutama (TYT) selalu berpesan kepada saya untuk memastikan tiada seorangpun anak- anak Pulau Pinang tercicir dari mendapat akses Pendidikan Tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jelajah pendidikan keluarga Malaysia akan diadakan di 50 lokasi

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata, keprihatinan Tun Ahmad Fuzi yang berbesar hati untuk turun padang dan merasmikan program JPKM Peringkat Negeri Pulau Pinang itu jelas menunjukkan TYT sangat prihatin soal pendidikan anak-anak Pulau Pinang.

Secara keseluruhannya, katanya, JPKM telah memberi sumbangan yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya bagi golongan pelajar tercicir dan kurang berkemampuan untuk diberi peluang kedua melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

“PRIHATIN berharap agar pelajar lepasan SPM dan STPM tahun 2016 -2021 yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan tidak melepaskan peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Selain itu, Skim Bantuan Pendidikan turut disediakan kepada mereka yang layak hasil sumbangan daripada agensi – agensi kerajaan dan badan korporat,” ujarnya.

JPKM dilihat mampu memberi manfaat dan menyediakan peluang kedua dan memberi akses kepada pelajar yang berada di kawasan pedalaman dan luar bandar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading, tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This